24 Mar 2012

Hakikat Mencintai Islam dan Ilmu Para Awliya



Ilmu Hakikat Para Awliya 
Mawlana Shaykh Muhammad Hisham Kabbani ar-Rabbani
Zawiyah Michigan, Juni 12, 2004
 
 
Bismillah hirrohman nirrohim.
Kita telah memperbincangkan tentang enam hakikat yang
berada di dalam hati manusia: haqiqat al-jazbah,
haqiqat al-fayd, haqiqat at-tawajjuh, haqiqat
at-tawassul, haqiqat al-irshaad, haqiqat at-ta'i.
 
Haqiqat at-tawajjuh is the secret of:
wa min haythu kharajta fa- walloo wajhaka shatra
al-masjid il-haraam.
 
Dan dari mana saja kamu keluar(datang), maka
palingkanlah wajahmu kea rah Masjidil Haram,
sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang
hak dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak lengah
dari apa yang kamu kerjakan. [2:149]
 
Dan kalian akan memahaminya dengan  gabungan ini fa
aynama takoonoo fa thamma wajhAllah.
 
Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka
kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah,
Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha
Mengetahui. [2:115]
 
Jika kalian meletakkan kedua dua ayat ini bersama,
kalian akan dapati bahawa Kaâ™ba merupakan tempat di
mana di hadapkan wajah kalian dan di situlah wujudnya
Allah. Apakah itu Masjidil Haram? Ia merupakan tempat
paling suci di antara masjid masjid, di mana dosa
adalah di larang.
 
Hakikat menghadapkan wajah, sirr at-tawajjuh, di mana
tiada dosa akan berlaku, itulah haqiqat at-tawajjuh.
Ia berarti pada hakikatnya kalian hanya di benarkan
menghadapkan wajah kalian pada satu tempat yang suci.
Selain itu adalah dilarang kalian menhadapkan wajah
kalian. Masjidil Haram adalah tempat di mana dilarang
dari melakukan apa sahaja jenis dosa.
 
Oleh itu kalian mesti berada di dalam keadaan suci
sepanjang masa perjalanan, sumpama kalian sedang
berhadapan dengan Allah, Seumpama kalian sedang
berhadapan menghadap Kaâ™bah. Perjalanan kalian tidak
boleh di MTV; ianya tidak boleh seperti di dalam
panggung wayang. Tidak boleh membazir masa jika kalian
benar benar ingin mencapai hakikat.
 
Jika kalian tidak ingin mencapai hakikat itu maka
tidak mengapa. Tetapi jika kalian ingin mengatakan
bahawa  Saya adalah seorang pengikut, seorang mureed,
maka kalian mesti mengikut jalan ini. Kalian tidak
boleh berkata. ✠Saya adalah seorang pelajar, tetapi
membuat apa sahaja yang kalian inginkan.
 
Jika tidak kalian merupakan pelajar tetapi yang jahil
“ jahl. Itu merupakan bertentangan dengan pengetahuan
ilm. Dan pengetahuan adalah bertentangan dengan
kejahilan. Terdapat  jahlun baseet wa jahlan muraqqab.
Kejahilan yang mudah dan kejahilan yang terkumpul.
Mereka memberitahu kalian, Kamu mahu faedah mudah atau
faedah terkumpu?
 
Kesemua rumah yang kalian beli adalah melalui faedah
terkumpul. Inilah shark loan, atau loan sharks. Mereka
penipu. Mereka katakan kamu akan membayar faedah untuk
lima tahun pertama.Ini merupakan contoh kejahilan
mudah dan kejahilan terkumpul.
 
Kejahilan mudah adalah apabila kalian jahil dalam
perkara. Kalian tidak tahu segala perkara yang kalian
lakukan dalam kehidupan. Kalian jahil. Dalam sains,
dalam perusahaan, dalam mengarahkan kehidupan.
 
Tetapi kejahilan terkumpul adalah apabila kalian jahil
pada jalan Allah. Ini adalah merbahaya. Itulah
kejahilan terkumpul. Ia bertambah. Kerana ianya
tercatit. Jika kalian jahil dalam perusahaan, tidak
mengapa. Jika kalian jahil dalam membetulkan paip,
siapa kisah?. Jika kalian jahil dalam bercucuk tanam,
siapa kisah? Tetapi jika kalian jahil pada jalan Allah
maka ia di catit sebagai dosa, dua dosa, tiga dosa,
empat dosa, sepuluh dosa, seratus dosa dan sebagainya
sehingga terkumpul kejahilan tersebut. Oleh itu jika
kalian mempunyai kejahilan terkumpul ini bermakna
kalian tahu yang kalian melakukan sesuatu yang salah
tetapi terus melakukannya.
 
Kejahilan mudah ialah kalian melakukan sesuatu yang
salah tetapi ianya tidak di kira kerana ianya
berkaitan dengan dunia. Jika saya tidak tahu bagaimana
membuat sebuah kerusi tidak mengapa, tetapi jika saya
tidak tahu cara solat ini bahaya.
 
Apabila kalian telah mencapai sepuluh peringkat mureed
dan mencapai dua peringkat hakikat : hakikat al-jazbah
dan hakikat  al-favd, dan Allah merestukan ke atas
kalian kesemua hiasan, pelangi warna warni, Setelah
itu Dia menghadapkan kalian ke wajahNya. Fa ayna ma
tuwallu fa thamma wajhAllah . Kemudian kalian akan
dilengkapi dengan pakaian syurgawi. Kerana inilah para
awliya apabila mereka bergerak kemana mana, mereka
sentiasa berhubung dengan Yang Maha Wujud. Bukan
seperti orang awam. Kita sedang menerangkan apa yang
dialami oleh para awliya, kita masih tidak sampai ke
tahap itu, jika sampai kita juga adalah awliya. 
 
Oleh itu haqiqat at-tawajjuh adalah apabila Allah
memberikan rahmat ke atas kalian, kalian akan menjadi
seperti ayah, ayatun min ayaatillah â“ petunjuk Tuhan
yang menggerakkan bumi. Apabila kalian bergerak di
atas muka bumi dengan kuasa, apabila kalian
menghadapkan diri kalian ke wajah Allah, dengan
keizinan Allah dan Kuasanya dan kuasa dan keizinan
dari Rasulullah, kalian dapat berhubung dengan sesiapa
sahaja melalui jarak yang jauh. Kalian dapat berhubung
dari hati kalian dengan hati yang lain. Kerana kalian
di pakaikan dengan pakaian kuasa. Allah memakaikan
kalian. Oleh itu kalian dapat melihat pengikut kalian,
membimbing mereka melalui kehidupan mereka. Ini
merupakan arahan kepada awliya, arahan syurgawi dari
Rasulullah saw untuk melihat mureed mereka sekurang
kurangnya tiga kali sehari.
 
Dan apabila mereka memerhatikan kalian, mereka akan
memberi petunjuk. Hari ini  mereka berkata ✠Kamu
layari internet. Terdapat juga awliya yang melayari
syurga internet. Apabila mereka mahu mereka akan
memberi petunjuk kepada mureed mereka, mereka memberi
petunjuk 3 kali sehari dan juga terdapat peringkat
yang lebih tinggi daripada itu.
 
Salah satu contoh, semasa saya dan abang saya masih
muda, kami telah pergi ke Damascus, dari Beirut ke
Damascus. Satu hari ibu saya sangat sedih. Ibu saya
berkata  kamu perlu belajar, kamu perlu . . . Ibu
berkata jangan pergi Tetapi kami masih muda dan kalian
tahu orang muda kurang mendengar kata. Dan Rasulullah
saw mengingatkan kita. Syurga di bawah tapak kaki ibu.
Pernah suatu ketika Rasulullah saw berkata lihatlah
bapamu, bapamu, bapamu kemudian ibumu. Bapa merupakan
tiang di dalam Islam kerana apabial seorang bapa
hilang dari sebuah keluarga. Keluarga itu akan runtuh.
Seorang bapa adalah penting sepenting tiang. abuka
thumma abuka thumma abuka, thumma ummuk.
 
Terdapat 3 tiang dan seorang ibu. Kemudian Rasulullah
saw bersabda Syurga itu di bawah tapak kaki ibu, untuk
menunjukkan tanpa tiang yang ke 4 kalian tidak dapat
masuk ke dalam syurga. Ini bereti tanpa tiang ke 4
kalian tidak mendapat bangunan  yang sempurna  ia
pasti roboh.
 
Fa la taqulu lahuma uffin wa la tanharhuma wa qul
lahuma qawlan kareema. Maka sekali kali janganlah kamu
mengatakan kepada keduanya perkataan âœah” dan
janglah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada
mereka perkataan yang mulia [17:23]
 
Apa yang telah kita katakan kepada mereka sekarang?
Rasulullah saw berkata, Jika kalian adalah Muslim dan
ibubapa kalian bukan Muslim maka kalian bertanggung
jawab membawa mereka ke gereja. Kalian harus membawa
mereka ke pintu gereja dan menunggu mereka habis
sembahyang. Inilah Islam. Apa yang telah kita lakukan
hari ini? Allahu Akbar. Kerana itulah kalian tidak
boleh berkata 'ah' kepada ibu bapak kalian sekalipun.
 
Jadi semasa kami muda, itu telah kami katakan lebih
dari. Kami meninggalkan rumah dan pergi kepada
GrandShaykh. Ibu saya tidak tertawa. Kami tiba dan
naik ke atas. Kalian harus melintasi ruangan jalan dan
pintu pintu untuk tiba masuk ke rumah. Kebiasaannya
pintu adalah tertutup dan kalian perlu memanggil
seseorang untuk membuka pintu.
 
Kami baru sahaja tiba untuk mengetuk pintu apabila
Shaykh Abdullah al Faiz al Daghtani membuka pintu.
Dengan segera beliau berkata, kembalilah dari mana
kalian datang, Jangan datang ke sini dengan membuat
ibu kalian marah.
 
GrandSyaykh tidaklah seperti Mawlana Shaykh Nazim yang
sentiasa senyum dan gembira. Apabila pakaian tajalli
di pakaian ke atas beliau kalian akan melarikan diri.
Kami lari balik. Kembali memandu balik sepanjang 5
jam.
 
Kami kembali ke rumah, buat ibu kembali gembira dan
segalanya telah selesai, Kemudian kami pergi kembali
ke esokan harinya kepada GrandShaykh. Haqiqat
at-tawajjuh. Kali ini kami mengetuknya. Kali ini tidak
mengapa. Dia tidak menendang kami keluar. Dia
menghantar hambanya  untuk membuka pintu. Kami
mengetuk. Kali kemudiannya Dia menunjukkan tidak perlu
mengetuk pintu. Saya tahu kalian akan kembali.Kami pun
masuk. Beliau berkata, Saya memberitahu rahasia ini
untuk barakah kamu berdua. Kami telah di beri autority
dari Rasulullah saw untuk melihat mureed-mureed
sekurang kurangnya 3 kali sehari dalam masa 24 jam.
 
Dan apabila para awliya melihat mereka tidak memberi
gula-gula, cokelat untuk membuat kalian gembira. Untuk
menggembirakan seseorang adalah mudah. Tetapi melihat
mereka  dan menciptakan kesusahan dan kami mengira
berapa sabarnya mureed dengan kesusahan tersebut.
Mereka mampu menanggungnya atau tidak. Jika mereka
mampu awliya akan mengambil tanggungan itu dan
membersihkan dari kalian. Jika kalian tidak mampu
awliya juga akan memohon bagi pihak kalian keampunan,
untuk memastikan kalian senantiasa bersih. 
 
Inilah caranya Shaykh melihat ke dalam hati- hati
muridnya, Shaykh akan menguji kalian dan melihat
reaksi kalian. Jika reaksinya marah beliau gagal, jika
lulus maka beliau akan di naikkan.
 
Berapa kali dalam sehari kalian menhadapi kesusahan?
Pastikan setiap kali kalian berada dalam kesusahan,
ingatlah, Allah menguji kalian, Rasulullah saw sedang
memerhatikan kalian, Shaykh kalian sedang memerhatikan
kalian sekarang, dia sedang menguji kalian sekarang.
Bagaimana kalian harus bertindak balas? Ingatlah pada
setiap masa saya melihat apa yang sedang kalian
lakukan. Saya sedang melihat kamu semasa kamu sedang
bergaduh dan bertekak dengan ibu kamu. Adakah kamu
akan kehilangan apa apa jika kamu katakan âœMaafkan
kami wahai ibu kami tidak akan pergi, kami akan
belajar?” Beliau sedang menyatakan apa yang telah
berlaku sedangkan beliau berada 5 jam jauh dari situ.
Bagaimana Grandshayikh dapat melihatnya? Inilah yang
berlaku pada saya.
 
Oleh itu apabila berhadapan dengan kesusahan,
katakanlah sekarang Shaykh saya sedang melihat, saya
harus tenangkan diri, bergerak seperti kincir angin,
apabila angina lalu ia akan berputar. Jadilah seperti
pokok pine. Apabila salji dan panas ia tetap hijau.
Jangan seperti kekacang, apabila kamu tekan ia akan
pecah. Siapakah di sini kekacang? Sila angkat tangan.
 
Ujian yang mudah, lalu kalian kecewa, Kelmarin
merupakan ujian yang mudah baginya, dia mengecewakan.
Kerana kelmarin dia kecewa. Jika dia tidak kecewa dia
mungkin akan di angkat. Sepuluh kali lebih tinggi dari
tingkat yang sedia ada oleh Mawlana Syaikh. Kerana
awliya akan menghantar pelbagai jenis ujian
menggunakan jalan yang berbeza beza, ianya seperti
teka teki. Fulan terlalu marah kelmarin dan mengatakan
pada dirinya, ✠Kenapakah hanya dia berkata kata dan
aku tidak berkata kata?” Pertandingan. Pertandingan
adalah baik dalam islam kerana siapa yang beribadah
lebih maka dia mendapat lebih.
 
haqiqat at-tawajjuh,setelah Syaikh mencapai tingkat
mureed, maka akan terbukalah sifat sifat tersebut. Di
sini saya berikan contoh seperti anak murid Sayyidina
Jamaluddin al-Ghumuqi al Husayni. Semasa beliau
membuka ke enam enam kuasa di dalam hatinya dan
mengangkat mureednya. 
 
Haqiqat at-tawajjuh akan memberikan kuasa untuk
mencapai, tingkat pertama kewalian, dan pada ketika
itu dia akan mencapai haqiqat al arwaah. Kita telah
membincangkan haqiqat al quloob, haqiqat al asraar,
haqiqat al arwaah. Apabila wangian itu datang maka
kalian dapat mengarahkan wangian tersebut. Melalui
haqiqat al fayd, kemudian kalian mampu memberi
petunjuk kepada siapa yang kalian mahu, petunjuk
kepada mereka bagaimana yang di kehendaki Allah.
 
Syaikh akan mula berkomunikasi dengan muridnya.
Muridnya akan mula menerima apa yang di berikan oleh
Syaikh, murid akan mendapat apa yang ditunjukkan.
Murid akan memulakan perjalanannya fa ayna ma takoon
fa thamma wajhAllah fa ayna ma kunta fa Walla wajhaka
shatra al- masjid al-haraam Apabila mencapa haqiqat at
tawajjuh kalian dapat berkomunikasi dengan sesiapa
sahaja yang kalian mahu. Tanpa menggunakan telefon
bimbit.
 
Satu hari saya melihat perkara ini. Syaikh yang berada
di Damascus, Ahmad al Haroon seorang yang sangat
terkenal dengan maqamnya di Damascus. Beliau mempunyai
murid di Aleppo 500 batu jauh. Beliau sedang duduk
dengan pengikutnya dan beliau inginkan sesuatu dari
pengikutnya itu. Cerita ini berlaku 50 tahun yang
lepas. Tiada telefon di kala itu, tiada telefon
bimbit, tiada talian telefon. Mereka ingin menghantar
maklumat menyatakan apa yang diperlukan oleh pengikut
daripada murid tersebut. 
 
Syeikh Ahmad al Haroon membuka talipingganya dan
mengangkat pada paras mulutnya dan berkata , Hello,
kamu Ahmad saya perlukan di sini sekarang, bawa sekali
buku yang aku hendak. Beliau meletakkan tali
pinggangnya. 5 jam kemudian pintu di ketuk. Mereka
membuka pintu, murid tersebut berada di situ. Wahai
Syaikh ku, kamu memanggilku dan aku telah membawa buku
tersebut. Bagaimana Syaikh Ahmad al haroon
melakukannya? Berkomunikasi dengan sambungan telinga.
 
Mereka mendengar kalian. Ini adalah mudah, paling
asas. Mereka tidak melihat pada perkara tersebut,
Mereka melihat lebih kepada pengetahuan, ini adalah
penting
 
Apabila kalian mencapai perkara ini, ia akan memberi
kalian tingkat yang lebih tinggi, haqiqat al tawassul,
Hubungan Hakikat. Mereka akan memakaikan kalian yang
mana kalian akan mewarisi dari Rasulullah saw rahasia
sebanyak mana yang kalian dapat ambil. Ini bergantung
kepada kemampuan pengisian kalian, sebanyak mana yang
mampu di simpan oleh hati kalian. Walaupun kalian
hanya mengambil setitis, kesemua para awliya akan
mengambil dari titisan itu. Lautan hubungan kepada
Rasulullah saw adalah lautan. Titisan itu adalah
lautan kepada mereka. Ianya cukup untuk menenggelamkan
seluruh dunia. Kesemua awliya sedang berenang dalam
titisan warisan Rasulullah saw itu. 
 
Fikirkan sebanyak mana kuasa Allah yang telah Allah
berikan kepada Rasulullah pada hari perhitungan. Kita
ini umpama bayi yang masih dalam Pampers. Untuk
memahami pengetahun para awliya yang berenang di dalam
titisan tersebut, kalian tidak mungkin memahaminya.
 
Bagaimana kalian ingin memahami Hakikat Sayyidina
Muhammad?
 
Hari ini mereka menulis buku mengenai Rasulullah SAW,
ilm al awraaq. Pengetahun di atas kertas. Titisan yang
bagi para awliya yang sedang berenang itu adalah
lautan yang mungkin akan di berikan kepada kalian para
murid dan semua murid akan berenang di dalam titisan
tersebut seperti berenang di dalam lautan. Kerana
itulah Dia berkata, , wa kullu min rasulullahi
multamisan para awliya mendapatnya dari Rasulullah SAW
dan mereka hanya mengambil setitis dan setitis yang
mereka ambil itu merupakan lautan bagi kita.
 
Mereka memakaikan kalian dengan ke 4 kuasa itu
sekarang. Haqiqat al tawassul. Hakikat ini bermakna
apabila mereka melakukan sajda, mereka tidak akan
mengangkat kepala sehingga kesemua murid telah lepas
keseluruhannya.
 
Kalian tidak dapat bekerja dengan kerajaan tanpa
kelulusan untuk melihat perkara perkara yang sulit.
Kamu memerlukan kelulusan untuk melihat perkara yang
sulit dalam kerohanian. Kelulusan itu mestilah bersih.
Kalian harus mempunyai CV yang bersih, latarbelakang
yang bersih. Mereka membersihkan kalian melalui sajda.
Dalam  sajda mereka akan membawa segala pengikut dan
membersihkan mereka  dan mempersembahkan kepada
Rasulullah SAW. Ini lah hakikat kebenarannya kepada
para pengikut.
 
Ya Allah may you sanctify the souls & secrets and
increase the Maqam of  Grand Sheikh Sultan Ul-Awliya
Hadhrat Abdullah Al-Faiz Ad-Daghestani & Sultan
ul-Awliya Mawlana Sheikh  Hadhrat As-Sayidi Muhammad
Nazim Al-Haqqani (Allahumma Amin)
 
Wa min Allah at Tawfiq
 
wassalam,Muhammad Hadidi
http://muhammadhadidi.blogspot.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar