7 Feb 2012


Andakah Wanita Mithali....?
 Oleh
Muhammad Hadidi

1. Mithali bermaksud "baik, boleh dicontohi, solehah.." (mithali berasal dari perkataan misal iaitu contoh)

2. Rasullullah s.a.w. bersabda "Dunia ini baik tetapi yang paling baik ialah isteri solehah"

3. Isteri yang menyediakan minuman dan memberi suami minum dapat pahala seperti solat malam.

4. Di dalam Al-Quran ada banyak gambaran tentang isteri solehah dan kita di zaman moden ni kena apply according to perubahan masa. Yang penting ialah intipati isteri solehah. Antara gambaran-gambaran itu ialah :

(a) Khadijah isteri Rasul Allah : membantu Rasul Allah dalam kewangan

(b) Aisyah : kelebihannya ialah beliau kreatif, mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan pandai menghibur Rasul Allah. Pernah pada suatu masa Rasul Allah jatuh sakit, Saidatina Aisyah mengubat baginda. Baginda Rasul Allah bertanya : Ya Aisyah, bagaimana tuan hamba tahu mengubati saya?" jawab Saidatina "Aisyah " Ya Rasul Allah, saya belajar tentang ubat-ubat herba ini dari orang-orang yang datang berjumpa kamu".

5. Rasul Allah bersabda ; "Wanita amat mudah memasuki syurga. Sekiranya kamu

(a) mengerjakan sembahyang 5 waktu
(b) berpuasa di bulan Ramadhan
(c) mentaati suami
(di) menjaga kehormatan diri Allah menjamin kamu masuk syurga dari pintu mana yang kamu suka."

6. Selain daripada 4 perkara di atas, isteri mithali juga mesti memastikan bahawa tanggung jawab diri sendiri sudah dilaksanakan seperti jaga kebersihan diri, jaga sembahyang, pastikan kiraan haid betul supaya tahu bila nak bersuci, begitu juga dengan kiraan nifas dan tatarias diri. Selepas mandi hadas besar setelah bersuci dari haid & nifas, wanita perlu ambil minyak wangi dengan kapas dan menyapu minyak wangi tersebut di tempat keluar haid dan nifas. Ini ajaran Rasul Allah s.a.w.

7. Wanita juga perlu ada inisiatif untuk mencari ilmu, tidak perlu tunggu suami. Rasul Allah bersabda : Wanita yang paling baik ialah wanita Ansar yang tahu menunggang unta dan dalam masa yang sama tidak malu untuk mencari ilmu". Bagi wanita di zaman sekarang , unta itu ibarat kereta (kenderaan). Wanita boleh cari pendapatan sendiri supaya boleh membantu suami seperti Saidatina Khadijah dan dapat bersedekah dengan wang pendapatannya.

8. Wanita mesti tahu menjaga kehormatan diri. Selain dari menjaga kehormatan , wanita juga perlu tahu kemampuan diri. Contohnya, katalah suami inginkan ramai anak, sebagai isteri wanita sanggup melahirkannya. Tapi selalunya wanita yang telah melahirkan anak yang ramai akan kelihatan cepat tua. Si suami pula, bila dah macam tu suka cari yang lain. Kasihan wanita. Justeru itu, wanita juga berhak membuat keputusan, bukan suami sahaja. Dia mesti tahu kemampuan kesihatannya.

Bagi pasangan zaman sekarang, ramai yang pergi bekerja & berjumpa dengan orang lain di tempat kerja. Pada masa inilah iman perlu kuat. Suami perlu tahu kehendak isteri dan isteri perlu tahu kehendak suami supaya masing-masing tidak mencari yang lain. Contohnya, bila tiba harijadi isteri, suami tak beri apa-apa pun, ucapan pun tidak tapi Boss di tempat kerja beri hadiah dan kawan-kawan belanja makan. Si isteri gembira dapat perhatian dari orang lain. Jadi, si isteri ,mungkin lebih sayangkan Boss daripada suami.

Kita perlu yakin dan percaya bahawa setiap sesuatu ada kebaikan.jangan bandingkan suami kita dengan orang lain, i.e. suami si polan tu rajin tolong bini dia masak tapi abang tak...dan macam-macam lagi. Mana tahu suami si polan tu suka membebel pula dan suami kita tidak ...janganlah sampai suami kita membandingkan kita dengan isteri orang atau wanita lain...buruk akibatnya...

Dalam peristiwa Isra' & Mi'raj ini,golongan lelaki & perempuan yang tak pandai jaga kehormatan diri di panggil " orang-orang yang memakan daging haram". Contohnya : suami yang ada affair dengan isteri orang dan sebaliknya.

9. Dalam surah Al-Imraan, Allah dah menerangkan bahawa lumrah lelaki ialah mereka memang sukakan wanita. Justeru itu isteri mesti pandai menjaga hati suami.

10. Jangan dibuai rasa sunyi. Sekiranya suami pergi outstation lama-lama, si isteri mesti pandai mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti2 berkumpulan seperti berpersatuan dan sebagainya. Jangan disebabkan rasa sunyi kita akan melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah.

11. Taat pada suami. Rasul Allah berkata; "Inilah yang paling susah". Sebagai contoh, sekiranya suami marahkan anak, si isteri janganlah menyebelahi anak dan memalukan suami di hadapan anak. Pernah suatu masa dahulu, Saidatina Aisyah sudah menjahit langsir dan digantung di jendela. Bila Rasulullah pulang, Baginda berkata pada Aisyah "Wahai Aisyah, bukankah kain itu lebih baik dibuat bantal?" Tanpa berlengah, Saidatina Aisyah terus turunkan langsir itu dan memotong kain langsir tersebut untuk dijadikan bantal.

12. Suami dan isteri tidak perlu berkira tentang soal peranan.takut nanti masing-masing akan menyalahkan satu sama lain. Suami isteri haruslah bertaqwa. Rasul Allah bersabda : "Saling memaafkanlah di antara kamu kerana itu lebih hampir kepada ketaqwaan".

13. Isteri perlu dapat sokongan dari suami untuk menjadi isteri solehah. Jangan nakkan isteri baik tapi suami tidak berperangai sepatutnya. Walaupun begitu, ada di dalam Al Quran tentang isteri beriman tetapi suaminya tidak. Contohnya Asiah isteri Firaun. Di situasi begini, si isteri perlu membimbing suami, sentiasa bersabar dan yakin pertolongan Allah akan tiba. Sentiasalah berdoa dan percayalah bahawa setiap orang ada kelebihannya masing-masing.

Allah telah berjanji " Manusia ini lemah, bagaimana sombongnya dia, ada satu titik kelemahan padanya". Yakinlah bahawa Allah akan mengubah suami yang tinggi egonya, sombong. Lelaki perlu ada ego tapi tidak boleh keterlaluan. Ego itu perlu seperti. cemburu melihat isteri bergaul bebas dengan bukan muhrim. kalau tiada perasaan ini, suami itu tiada sifat kelelakian. Janganlah jadi dayus.

.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*
1. Rasul Allah bersabda, lebih kurang maksudnya :
"Sekali kita berbuat baik, tidak diingati tetapi sekali kita berbuat jahat, akan diingat selamanya".

"Seorang bertanya : Ya Rasul Allah, apakah itu agama? Agama itu ialah jangan marah ."

"Kepada lelaki yang nak berkahwin, kahwinlah dengan wanita yang boleh beranak kerana dia pandai berkasih sayang. Sekiranya dia tidak boleh beranak, carilah yang pandai menyayangi".

2. Wanita perlu pandai menjaga diri hingga ke usia tua.

3. Ayat Al-Quran yang menerangkan kedudukan wanita ketika usia menopause ialah An-Nur : 60. Di dalam ayat ini diterangkan bahawa wanita hendaklah menjaga kelakuan mereka supaya mereka sopan. jalinkan kemesraan bersama suami dan lakukan aktiviti-aktiviti bersama-sama.

4. Hadith Rasul Allah s.a.w. : "Mana-mana isteri yang melayan kehendak kelamin suami akan mendapat pahala seperti sembahyang malam."

5. Isteri mestilah mendapat redha suami, sokongan dan persetujuannya. Mesti pandai tunjukkan kasih sayang, pabila disuruh ia taat dan pastikan rezeki di rumah itu adalah dari sumber yang halal. Rabi'atul 'Adawiyah pernah berkata kepada ayahnya :" saya sanggup berlapar dari makan makanan yang haram."

Perkara yang paling penting ialah mendapat keberkatan dari rezeki yang sedikit tetapi mencukupi, bukan yang banyak tetapi tidak
mencukupi.

Perkara-perkara yang menghalang dari menjadi mithali :

1. Terlalu cemburukan suami
2. Mengabai hak suami
3. Mengelak hubungan kelamin tanpa sebab.
4. Tidak mahu menemankan suami tidur.
5. Bergaduh tentang perkara yang kecil, remeh temeh.
6. Isteri yang baik ialah isteri yang mahu kebaikan untuk suami.

Suami sepatutnya menjadi Imam dan isteri pendokong kepada suami. Sebenarnya, di setiap kejayaan sebuah rumahtangga, di belakangnya ialah seorang isteri.

Perlu berjihad di dalam rumahtangga, berkorban untuk kebahagiaan rumah tangga.

Suami & isteri perlulah sentiasa berpesan di antara satu sama lain untuk mengingati Allah dan bertaqwalah kepada Allah.

Banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah kerana doa itu penting. Ianya adalah senjata orang mukmin. Berkomunikasi dengan baik di antara satu sama lain, berkasih sayang, redha dan bersyukur selalu kepada Allah.

taken from.Adid.com

saya mahu tinggalkan dunia dalam sujudku....
 Oleh: Muhammad Hadidi.(Adid.Com)

  Suatu malam ketika saya sedang nyenyak tidur tiba-tiba saya melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu saya berteriak: “Ayah… sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!” Waktu itu saya terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika saya sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf menarik tanganku, membawa saya naik ke langit.

Apabila saya mendongak ternampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang. Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang dangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa.bidadari itu berkata kepadaku: “Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan…”
   
Malaikat terus membawa saya naik ke langit seterusnya sehingga memesuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yag lebih indah daripasa sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan. Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah yang berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada pelbagai warna dan corak.
   
Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandanagan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerba daripada kesturi.
saya yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: “Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?”
Malaikat-malaikat itu menjawab: “Tempat ini adalah firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan siddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama Al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu.”
saya bertanya lagi: “Di mana ayahandaku?”
Malaikat-malaikat menjawab: “Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!”
   
Tidak lama kemudian saya ternampak israna-istana yang sangat putih dan permaidani yang sangat indah. Tiba-tiba saya sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. saya ternampak ayahandaku sedang berehat di ayas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dkenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.
Ayahanda berkata: “Selamat datang wahai puteriku!”
Lalu ayahanda meletakkan saya atas pangkuannya dan berkata: “Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjukan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?”
   
Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilauan-kilauan, saujana mata memandang.
Ayahanda berkata: “Inilah tempat tinggamu, kediaman suamimu, kedua-dua orang anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah… engkau akan mengikut ayahanda beberapa hari lagi…”
saya berkata: “Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda.”
    Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda. saya terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. saya masih teringat-ingat bisikan ayahanda. saya akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. saya masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.
   
Sejak ayahanda wafat lagi saya selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. saya tahu tidak lama lagi saya akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.
   
saya menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku, Asma binti Umays. saya beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunhukkan pelepah krma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habyhah. saya tersenyum apabila melihat keranda itu. saya berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. saya juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti saya menyayangi mereka.
   
Setelah merasa ajal hampir tiba saya membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi saya gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda. Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. saya akan meninggalkan dua puteraku. Lalu saya peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibu terpaksa pergu dulu…
   
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarkah saya menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. saya tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku yang bersembahyang. Kalau boleh saya mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.
   
saya terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di ashid. saya mengambil ramuan hanuth , sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. saya siramkan air ramuan aui ke seluruh tubuhku. Kemudian saya memakai sisa kain kapan ayahandaku. Selepas itu saya sekali lagi memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.
Pada Asma saya berpesan, “Wahai Asma, perhatikanlah saya. Sekarang saya hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika saya tidak keluar, panggillah saya tiga kali dan saya akan menjawab panggilanm. Tetapi jika saya tidak menjawab, ketahuilah saya telah mngikut jejak langkah ayahandaku!”

                * * * * *

    Setelah satu jam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya…
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un…

                * * * * *


saya dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya, Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s.a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi’ di Madinah. Masihkah ada wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini??


**********************************************************
Sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari tuhan
bahkan sebagai hiasan kecantikan

TERAPI PENYAKIT MABUK ASMARA 
Oleh
Muhammad Hadidi



      Walaupun efek yang ditimbulkan penyakit al-‘isyq sangat hebat dan sulit melepaskan diri dari jeratannya namun bukanlah suatu hal yang mustahil apabila penderitanya bisa sembuh dan selamat dari penyakit ini. Ibnul Jauzi rahimahullah berkata: “Sesungguhnya obat itu mujarab bagi orang yang menerimanya. Adapun orang yang yang mencampuradukkannya niscaya obat itu tidak berguna baginya. “ Maka orang yang benar-benar ingin sembuh, dia harus berupaya berobat. Namun jika tidak, niscaya penyakit akan tetap bercokol bahkan bisa jadi bertambah parah.
Berikut ini beberapa terapi yang dapat menyembuhkan dari mabuk asmara:

  1. Ikhlas kepada Allah. Jika seseorang yang terkena penyakit al-‘isyq benar-benar ikhlas dan menghadapkan wajahnya kepada Allah dengan tulus, niscaya Allah akan menolongnya dengan cara yang tiada pernah terlintas di hatinya. Dia akan menyingkirkan segala penghalang menuju jalan taubat.

  1. Berdo’a. Merendahkan diri kepada Allah, secara tulus menyerahkan diri kepada-Nya, ikhlas, dan memohon kepada-Nya dengan segala kerendahan agar disembuhkan dari penyakit.

  1. Menahan pandangan. Ketika seorang hamba menahan pandangannya maka hati turut menahan syahwat dan keinginannya

  1. Banyak berpikir dan berdzikir. Hendaklah setiap orang senantiasa ingat bahwa seluruh perbuatannya akan dimintai pertanggungjawaban. Seharusnya ia berpikir bahwa perbincangan dengan kekasihnya akan ditanyakan nanti di hari kiamat. Hendaklah dia berpikir betapa malu dirinya kelak ketika Allah mencela perbuatannya.

  1. Menjauh dari orang yang dicintainya, sebab memisahkan diri dan menjauh akan mengusir bayangan orang yang dicintai dalam hatinya. Hendaklah ia bersabar menanggung perpisahan beberapa saat walaupun sulit pada awalnya. Seiring dengan waktu, seluruh masalah akan menjadi mudah.

  1. Menyibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat. Sebab, mabuk cinta adalah karena kesibukan hati yang kosong. Hatinya akan dipenuhi bayang-bayang kekasihnya. Tetapi ketika ia sibuk dengan hal-hal lain maka cintanya akan memudar, rindunya akan hilang dan akhirnya ia dapat melupakannya.

  1. Menikah, sebab pernikahan itu mencukupi segalanya, penuh berkah dan menjadi solusi. Jika orang yang dicintainya adalah wanita yang mungkin dinikahinya maka hendaklah ia menikahinya. Jika sulit menikahinya hendaklah memohon kepada Allah untuk memudahkannya. Jika ia tak bisa menikahinya karena sebab-sebab tertentu, maka hendaklah ia bersabar dan memohon kepada Allah agar diberi jalan keluar.

  1. Menengok orang sakit, mengiringi jenazah, menziarahi kubur, melihat orang mati, berpikir tentang kematian dan kehidupan setelahnya.

  1. Senantiasa menghadiri majelis ilmu, duduk bersama orang-orang zuhud dan mendengar kisah-kisah orang shalih.

  1. Memangkas habis ambisi dengan membuang rasa putus asa disertai dengan keinginan keras untuk dapat menundukkan hawa nafsu.

  1. Selalu konsisten menjaga sholat dengan sempurna, menjaga kewajiban-kewajiban sholat, baik berupa kekhusyukan dan kesempurnaannya secara lahir dan bathin.

  1. Menjaga kharisma agar tidak jatuh kepada kedudukan yang hina dina, tidak jatuh dalam perbuatan yang tercela dan segala bentuk yang dapat menghalangi keutamaan. Orang-orang yang memiliki harga diri tidak pernah mau terikat menjadi budak sesuatu. Lihat saja, betapa hawa nafsu menyebabkan orang-orang mulia menjadi hina.

  1. Menjaga kemuliaan diri, kesucian dan menjaga kehormatannya. Hal ini akan membuat seseorang jauh dari perkara yang akan meruntuhkan harga dirinya ataupun yang akan menjatuhkan martabatnya.

  1. Membayangkan cela yang terdapat pada diri orang yang dicintainya. Ibnul Jauzi rahimahullah berkata: “Sesungguhnya manusia penuh dengan najis dan kotoran. Dan orang yang dimabuk cinta melihat kekasihnya dalam keadaan sempurna. Karena cinta, ia tidak dapat melihat aib kekasihnya. Sebab hakikat segala sesuatu dapat disingkap dengan timbangan yang adil. Sementara yang menjadi penguasa atas dirinya adalah hawa nafsu yang zhalim. Itu akan menutupi seluruh cela hingga akhirnya orang yang dilanda cinta melihat kekasihnya yang jelek menjadi jelita. “

  1. Memikirkan akan ditinggal pergi orang yang dicintainya, baik ditinggal mati atau ditinggal pergi tanpa keinginannya atau ditinggal karena sudah bosan.

  1. Memikirkan akibat perbuatannya. Orang yang berakal adalah orang yang dapat menimbang apakah cintanya itu akan melahirkan kenikmatan ataukah kesengsaraan.

  1. Hendaknya orang yang ditimpa ujian seperti ini mengetahui bahwa ujian hidup merupakan sebab munculnya nilai keutamaan seseorang. Jika dia bersabar maka akan tampaklah keutamaannya, sempurnalah kemuliaannya dan derajatnya akan meningkat kepada level yang lebih tinggi.

  1. Memikirkan betapa banyak hal-hal yang bermanfaat menjadi luput disebabkan menyibukkan diri dengan cinta seperti ini. Orang-orang yang mulia lebih mengutamakan santapan akalnya, walaupun tabi’atnya berusaha menggiringnya kepada syahwat jasmani.

  1. Melihat konsisi para pemabuk cinta. Bagaimana derita yang mereka tanggung. Bagaimana hidup mereka yang dikucilkan oleh masyarakat. Betapa berantakan segala urusan dunia dan akhirat mereka. Bandingkanlah orang-orang yang menghabiskan hidup untuk cinta buta dengan orang-orang yang memiliki cita-cita yang tinggi dan luhur dan keinginan yang kuat.

Demikanlah di antaranya obat-obat yang dapat menangkal dan menyembuhkan penyakit mabuk asmara. Seperti yang telah disebutkan di atas, semua obat ini tidak akan manjur bila yang melakukannya tidak berusaha dengan sungguh-sungguh ingin sembuh dari penyakitnya. Kita bermohon kepada Allah agar menjauhkan kita dari jalan-jalan kehancuran dan membimbing kita kepada kebaikan dunia dan akhirat.
Wallahu a’lam (Penulis Adid.com nama pena dari Muahammad Hadidi Meraih Mimpi.)


*Diringkas dari kitab Al-‘isyq, Bila Hati Dimabuk Cinta karya Muhammad Ibrahim Al-Hamd, penerbit Pustaka At Tibyan


Dimanakah Allah Dalam Hati Kita......??

oleh Muhammad Hadidi
Mahasiswa Universitas Muhammadiyah Malang

 
temanku...

Dimanakah ALLAH dalam hati kita?.
"Sekali lagi kita tanya diri sendiri ?DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?? Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?

Kalau begitu,sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya?

Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut: ?saya bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana saya?

Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji2 Allah pada kita yang mampu bangun di tengah2 malam- Allah menyebut: ?Adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana saya menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka saya ampunkan segala dosanya dan memohon sesuatu, maka saya berikan padanya?

Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati2 ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan dan halangan.

Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita, terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak2, ibu bapa yang terlalu menyanyangi kita walau saat kita tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?

Atau kita sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah.

Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara-saudari segama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak2, pangkat dan jawatan..tapi apa yang paling penting..DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?

Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan ana ketika hendak bertemu dengan Allah pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin pada saat ini..sedangkan ana melakukan maksiat kepadaNya