7 Feb 2012


saya mahu tinggalkan dunia dalam sujudku....
 Oleh: Muhammad Hadidi.(Adid.Com)

  Suatu malam ketika saya sedang nyenyak tidur tiba-tiba saya melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu saya berteriak: “Ayah… sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!” Waktu itu saya terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika saya sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf menarik tanganku, membawa saya naik ke langit.

Apabila saya mendongak ternampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang. Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang dangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa.bidadari itu berkata kepadaku: “Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan…”
   
Malaikat terus membawa saya naik ke langit seterusnya sehingga memesuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yag lebih indah daripasa sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan. Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah yang berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada pelbagai warna dan corak.
   
Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandanagan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerba daripada kesturi.
saya yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: “Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?”
Malaikat-malaikat itu menjawab: “Tempat ini adalah firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan siddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama Al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu.”
saya bertanya lagi: “Di mana ayahandaku?”
Malaikat-malaikat menjawab: “Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!”
   
Tidak lama kemudian saya ternampak israna-istana yang sangat putih dan permaidani yang sangat indah. Tiba-tiba saya sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. saya ternampak ayahandaku sedang berehat di ayas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dkenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.
Ayahanda berkata: “Selamat datang wahai puteriku!”
Lalu ayahanda meletakkan saya atas pangkuannya dan berkata: “Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjukan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?”
   
Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilauan-kilauan, saujana mata memandang.
Ayahanda berkata: “Inilah tempat tinggamu, kediaman suamimu, kedua-dua orang anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah… engkau akan mengikut ayahanda beberapa hari lagi…”
saya berkata: “Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda.”
    Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda. saya terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. saya masih teringat-ingat bisikan ayahanda. saya akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. saya masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.
   
Sejak ayahanda wafat lagi saya selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. saya tahu tidak lama lagi saya akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.
   
saya menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku, Asma binti Umays. saya beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunhukkan pelepah krma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habyhah. saya tersenyum apabila melihat keranda itu. saya berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. saya juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti saya menyayangi mereka.
   
Setelah merasa ajal hampir tiba saya membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi saya gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda. Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. saya akan meninggalkan dua puteraku. Lalu saya peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibu terpaksa pergu dulu…
   
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarkah saya menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. saya tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku yang bersembahyang. Kalau boleh saya mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.
   
saya terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di ashid. saya mengambil ramuan hanuth , sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. saya siramkan air ramuan aui ke seluruh tubuhku. Kemudian saya memakai sisa kain kapan ayahandaku. Selepas itu saya sekali lagi memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.
Pada Asma saya berpesan, “Wahai Asma, perhatikanlah saya. Sekarang saya hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika saya tidak keluar, panggillah saya tiga kali dan saya akan menjawab panggilanm. Tetapi jika saya tidak menjawab, ketahuilah saya telah mngikut jejak langkah ayahandaku!”

                * * * * *

    Setelah satu jam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya…
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un…

                * * * * *


saya dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya, Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s.a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi’ di Madinah. Masihkah ada wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini??


**********************************************************
Sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari tuhan
bahkan sebagai hiasan kecantikan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar