Disusun Oleh
Muhammad Hadidi
Mahasiswa Syariah Universitas Muhammadiyah Malang
Dari berbagai sumber rujukkan
Tarbiyah
Seri Makna Assyahadatain
Pendahuluan
Kalimah syahadatain adalah kalimah yang tidak asing
lagi bagi umat Islam. Kita senantiasa menyebutnya setiap hari, misalnya ketika
shalat dan azan. Kalimah syahadatain sering diucapkan oleh umat Islam dalam
pelbagai keadaan. Sememangnya kita menghafal kalimah syahadah dan dapat
menyebutnya dengan fasih, namun demikian sejauh manakah berkesan kalimah
syahadatain ini difahami dan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari ummat
Islam?
Soalan tersebut perlu dijawab dengan realiti yang ada.
Tingkah laku ummat Islam yang terpengaruh dengan jahiliyah atau cara hidup Barat
yang memberi gambaran bahwa syahadah tidak memberi kesan lainnya seperti tidak
menutup aurat, melakukan perkara-perkara larangan dan yang meninggalkan
perintah-Nya, memberi kesetian dan taat bukan kepada Islam, dan mengingkari
rezki atau tidak menerima sesuatu yang dikenakan kepada dirinya. Contoh ini
adalah wujud dari seseorang yang tidak memahami syahadah yang dibacanya dan
tidak mengerti makna yang sebenarnya di bawa oleh syahadah tersebut.
Kalimah syahadah merupakan asas utama dan landasan
penting bagi rukun Islam. Tanpa syahadah maka rukun Islam lainnya akan runtuh
begitupun dengan rukun iman. Tegaknya syahadah dalam kehidupan seorang individu
maka akan menegakkan ibadah dan dien dalam hidup kita. Dengan syahadah maka
wujud sikap ruhaniah yang akan memberikan motivasi kepada tingkah laku jasmaniah
dan akal fikiran serta memotivasi kita untuk melaksanakan rukun Islam
lainnya.
Menegakkan Islam maka mesti menegakkan rukun Islam
terlebih dahulu, dan untuk tegaknya rukun Islam maka mesti tegak syahadah
terlebih dahulu. Rasulullah SAW mengisyaratkan bahawa: Islam itu bagaikan
sebuah bangunan. Untuk berdirinya bangunan Islam itu harus ditopang oleh 5
(lima) tiang pokok iaitu syahadatain, shalat, saum, zakat dan haji ke baitul
haram. Dalam hadits yang lain: shalat sebagai salah satu rukun Islam
merupakan tiangnya ad dien.
Di
kalangan masyarakat Arab di zaman Nabi SAW, mereka memahami betul makna dari
syahadatain ini, terbukti dalam suatu peristiwa di mana Nabi SAW mengumpulkan
ketua-ketua Quraiys dari kalangan Bani Hasyim, Nabi SAW bersabda: Wahai
saudara-saudara, mahukah kalian aku beri satu kalimat, di mana dengan kalimat
itu kalian akan dapat menguasai seluruh jazirah Arab. Kemudian Abu Jahal terus
menjawab: Jangankan satu kalimat, sepuluh kalimat berikan padaku. Kemudian Nabi
SAW bersabda: Ucapkanlah Laa ilaha illa Allah dan Muhammadan Rasulullah. Abu
Jahal pun terus jawab: Kalau itu yang kau mau, berarti engkau mengumandangkan
peperangan dengan semua orang Arab dan bukan Arab.
Penolakan Abu Jahal kepada kalimah ini, bukan kerana
dia tidak faham akan makna dari kalimat itu, tetapi justeru sebaliknya. Dia
tidak mau menerima sikap yang mesti tunduk, taat dan patuh kepada Allah SWT
sahaja, dengan sikap ini maka semua orang akan tidak tunduk lagi kepadanya. Abu
Jahal ingin mendapatkan loyaliti dari kaum dan bangsanya. Penerimaan syahadah
bermakna menerima semua aturan dan segala akibatnya. Penerimaan inilah yang
sulit bagi kaum jahiliyah mengaplikasikan syahadah.
Sebenarnya apabila mereka memahami bahawa loyaliti
kepada Allah itu juga akan menambah kekuatan kepada diri kita. Mereka yang
beriman semakin dihormati dan semakin dihargai. Mereka yang memiliki kemampuan
dan ilmu akan mendapatkan kedudukan yang sama apabila ia sebagai muslim. Abu
Jahal adalah tokoh di kalangan Jahiliyah dan ia memiliki banyak potensi di
antaranya ialah ahli hukum (Abu Amr). Setiap individu yang bersyahadah, maka ia
menjadi khalifatullah fil Ardhi.
Kalimah syahadah mesti difahami dengan benar, kerana
di dalamnya terdapat makna yang sangat tinggi. Dengan syahadah maka kehidupan
kita akan dijamin bahagia di dunia ataupun di akhirat. Syahadah sebagai kunci
dan tiang daripada dien. Oleh itu, marilah kita bersama memahami syahadatain
ini.
Tarbiyah
Seri Makna Assyahadatain
Ahamiyatu Syahadatain
Sinopsis
Kepentingan syahadat (ahamiyah syahadah) perlu
didedahkan kepada mad'u agar dapat betul-betul memahami syahadah secara konsep
dan aplikasinya. Kenapa syahadah penting kerana dengan bersyahadah seseorang
boleh menyebutkan dirinya sebagai muslim, syahadah sebagai pintu bagi masuknya
seseorang kedalam Islam. Kefahaman seorang muslim sangat bergantung kepada
kefahamannya kepada syahadah. Dengan syahadah sebagai dasar, seorang muslim
dapat melakukan perubahan-perubahan individu, keluarga ataupun masyarakat. Dalam
sejarah nabi dan rasul, syahadah sebagai kalimah yang diperjuangkan dan kalimah
inilah yang menggerakkan dakwah nabi dan rasul. Akhir sekali, dengan syahdah
tentunya setiap muslim akan mendapatkan banyak pahala dan ganjaran yang besar
dari Allah SWT.
Hasiyah
1.Ahamiyah syahadah (kepentingan
bersyahadah)
Syahadatain adalah rukun Islam yang pertama.
Kepentingan syahadah ini kerana syahadah sebagai dasar bagi rukun Islam yang
lain dan bagi tiang untuk rukun Iman dan Dien. Syahadatain ini menjadi ruh, inti
dan landasan seluruh ajaran Islam. Oleh sebab itu, sangat penting syahadah dalam
kehidupan setiap muslim. Sebab-sebab kenapa syahadah penting bagi kehidupan
muslim adalah:
2.Madkhol ila Islam (pintu masuk ke dalam
Islam)
Syarah
-
Sahnya iman seseorang adalah dengan menyebutkan
syahadatain
-
Kesempurnaan iman seseorang bergantung kepada
pemahaman dan pengamalan syahadatain
-
Syahadatain membezakan manusia kepada muslim dan
kafir
-
Pada dasarnya setiap manusia telah bersyahadah
Rubbubiyah di alam arwah, tetapi ini sahaja belum cukup, untuk menjadi muslim
mereka harus bersyahadah Uluhiyah dan syahadah Risalah di
dunia.
Dalil
-
Hadits: Rasulullah SAW memerintahkan Mu'az bin Jabal
untuk mengajarkan dua kalimah syahadah, sebelum pengajaran lainnya
-
Hadits: Pernyataan Rasulullah SAW tentang misi
Laailaha illa Llah dan kewajiban manusia untuk menerimanya
-
Q:
47:19, Pentingnya mengerti, memahami, dan melaksanakan syahadatain. Manusia
berdosa akibat melalaikan pemahaman dan pelaksanaan syahadatain
-
Q:
37:35, Manusia menjadi kafir karena menyombongkan diri terhadap Laa ilaha illa
Llah
-
Q:
7:172, Manusia bersyahadah di alam arwah sehingga fitrah manusia mengakui
keesaan Allah. Ini perlu disempurnakan dengan syahadatain sesuai ajaran
Islam.
3.Kholaso ta'lim Islam (kefahaman muslim terhadap
Islam)
Syarah
-
Kefahaman muslim terhadap Islam bergantung kepada
kefahamannya pada syahadatain. Seluruh ajaran Islam terdapat dalam dua kalimah
yang sederhana ini.
-
Ada
3 hal prinsip syahadatain: (1) Pernyataan Laa ilaha illa-Llah merupakan
penerimaan penghambaan atau ibadah kepada Allah sahaja. Melaksanakan minhajilLah
merupakan ibadah kepadaNya. (2). Menyebut Muhammad Rasulullah adalah tauladan
dalam mengikuti MinhajilLah. (3). Penghambaan kepada Allah meliputi seluruh
aspek kehidupan. Ia mengatur hubungan manusia dengan Allah, dengan dirinya
sendiri dan dengan masyarakatnya.
Dalil
-
Q:
2:21, 51:56, Ma'na Laailaha illa-Llah adalah penghambaan kepada Allah. 21:25,
Rasul diutus dengan membawa ajaran tauhid.
-
Q:
33:21, Muhammad SAW adalah tauladan dalam setiap aspek kehidupan. 3: 31,
aktifiti hidup hendaknya mengikuti ajaran Muhammad SAW.
-
Q:
6:162, Seluruh aktiviti hidup manusia secara individu, masyarakat dan negara
mesti ditujukan kepada mengabdi Allah SWT sahaja, 3: 19, 3:85, 45:18, 6:153,
Islam adalah satu-satunya syariat yang diredhai Allah. Tidak dapat dicampur
dengan syariat lainnya.
4.Asasul Inqilab (dasar-dasar
perubahan)
Syarah
-
Syahadatain mampu merubah manusia dalam aspek
keyakinan, pemikiran, mahupun jalan hidupnya. Perubahan meliputi berbagai aspek
kehidupan manusia secara individu atau masyarakat.
-
Ada
perbezaan penerimaan syahadatain pada generasi pertama umat Muhammad dengan
generasi sekarang. Perbezaan tersebut disebabkan kefahaman terhadap makna
syahadatain secara bahasa dan pengertian, sikap konsisten terhadap syahadah
tersebut dalam pelaksanaan ketika menerima mahupun menolak.
-
Umat terdahulu langsung berubah ketika menerima
syahadatain. Sehingga mereka yang tadinya bodoh menjadi pandai, yang kufur
menjadi beriman, yang bergelimang dalam maksiat menjadi taqwa dan abid, yang
sesat mendapat hidayah. Masyarakat yang tadinya bermusuhan menjadi bersaudara di
jalan Allah.
-
Syahadatain dapat merubah masyarakat dahulu maka
syahadatain pun dapat merubah umat sekarang menjadi baik.
Dalil
-
Q:
6:122, Penggambaran Allah tentang perubahan yang terjadi pada para sahabat Nabi,
yang dahulunya berada dalam kegelapan jahiliyah kemudian berada dalam cahaya
Islam yang gemilang.
-
33:23, Perubahan individu contohnya terjadi pada
Mus'ab bin Umair yang sebelum mengikuti dakwah rasul merupakan pemuda yang
paling terkenal dengan kehidupan glamour di kota Mekkah tetapi setelah menerima
Islam, ia menjadi pemuda sederhana yang da'i, duta rasul untuk kota Madinah.
Kemudian menjadi syuhada Uhud. Saat syahidnya rasulullah membacakan ayat
ini.
-
37:35 - 37, reaksi masyarakat Qurays terhadap kalimah
tauhid 85:6 - 10, Reaksi musuh terhadap keimanan kaum mukminin terhadap Allah
18:2, 8:30, Musuh memerangi mereka yang konsisten dengan pernyataan
Tauhid.
-
Hadits: Laa ilaaha ilaLlah kalimat yang dibenci
penguasa zalim dan kerajaan.
-
Hadits: Mereka yang konsisten dengan syahadatain akan
menang dan mereka yang memusuhinya akan kalah dan hancur.
-
Hadits: Janji rasul bahwa kalimah tauhid akan
memuliakan kaumnya.
5.Haqiqat dakwah rasul
Syarah
-
Setiap Rasul semenjak nabi Adam AS hingga nabi besar
Muhammad SAW membawa misi dakwahnya adalah syahadah
-
Makna syahadah yang dibawa juga sama iaitu laa ilaaha
ilalLah
-
Dakwah rasul sentiasa membawa umat kepada pengabdian
Allah sahaja
Dalil
-
Q:
60:4, Nabi Ibrahim berdakwah kepada masyarakat untuk membawanya kepada
pengabdian Allah sahaja.
-
Q:
18:110, Para nabi membawa dakwah bahawa ilah hanya satu iaitu Allah
sahaja
6.Fadailul A'dhim (ganjaran yang
besar)
Syarah
-
Banyak ganjaran-ganjaran yang diberikan oleh Allah dan
dijanjikan oleh Nabi Muhammad saw.
-
Ganjaran dapat berupa material ataupun moral./
Misalnya kebahagiaan di dunia dan di akhirat, rezeki yang halal dan keutamaan
lainnya
-
Keutamaan ini selalu dikaitkan dengan aplikasi dan
implikasi syahadah dalam kehidupan sehari-hari
-
Dielakkannya kita dari segala macam kesakitan dan
keseksaan di dunia ataupun di akhirat.
Dalil
Ringkasan
Kepentingan syahadatain : (4:41, 2:143)
a.Pintu masuk ke dalam Islam : (a)
b.Intisari ajaran Islam : (b, 21:25)
c.Dasar-dasar perubahan total: (6:122, 13:11) peribadi
dan masyarakat
d.Hakikat Dakwah para
Rasul a.s : (21:25, 3:31, 6:19, 16:36)
e.Kelebihan yang besar
Tarbiyah
Seri Makna Assyahadatain
Madlulsyahadah
Sinopsis
Syahadatain begitu berat diperjuangkan oleh para
sahabat, bahkan mereka sedia dan tidak takut terhadap segala ancaman kafir.
Sahabat nabi misalnya Habib berani menghadapi seksaan dari Musailamah yang
memotong tubuhnya satu persatu. Bilal bin Rabah tahan menerima himpitan batu
besar di tengah hari dan sederet nama lainnya.
Mereka mempertahankan
syahadatain. Muncullah pertanyaan kenapa mereka bersedia dan berani
mempertahankan kalimah syahadah? Ini disebabkan kerana kalimah syahadah
mengandung makna yang sangat mendalam bagi mereka. Syahadah bagi mereka dan erti
yang sebenarnya mencakupi pengertian ikrar, sumpah dan janji.
Majoriti umat
Islam mengertikan syahadah sebagai ikrar sahaja, apabila mereka tahu bahawa
syahadah juga mengandungi erti sumpah dan janji, serta tahu bahawa akibat dari
janji dan sumpah maka mereka akan benar-benar mengamalkan Islam dan beriman.
Iman sebagai dasar dan juga hasil dari pengertian syahadah yang betul.
Iman
secara sebutan oleh mulut, juga diyakini oleh hati dan diamalkan oleh perbuatan
sebagai pengertian yang sebenarnya dari iman. Apabila kita mengamlkan syahadah
dan mendasarinya dengan iman yang konsisten dan istiqomah maka beberapa hasil
akan dirasakan seperti keberanian, ketenangan dan optimis menjalani kehidupan.
Kemudian Allah SWT memberikan kebahagian kepada mereka di dunia dan di
akhirat.
Hasiyah
1.Madlul syahadah
Syarah
-
Pernyataan (ikrar), iaitu suatu statement seorang
muslim mengenai keyakinannya. Pernyataan ini sangat kuat kerana didukung oleh
Allah, Malaikat, dan orang-orang yang berilmu (para nabi dan orang yang
beriman). Hasil dari ikrar ini adalah kewajiban kita untuk menegakkan dan
memperjuangkan apa yang diikrarkan.
-
Sumpah (qosam) iaitu pernyataan kesediaan menerima
akibat dan resiko apapun dalam mengamalkan syahadah. Muslim yang menyebut asyhad
bererti siap dan bertanggung jawab dalam tegaknya Islam. Pelanggaran terhadap
sumpah ini adalah kemunafikan dan tempat orang munafik adalah neraka
jahanam.
-
Perjanjian yang teguh (mitsaq) iaitu janji setia untuk
mendengar dan taat dalam segala keadaan terhadap semua perintah Allah yang
terkandung dalam Kitabullah maupun Sunnah Rasul.
Dalil
-
Q:
3:18, syahadat yang bererti ikrar dari Allah, Malaikat dan orang-orang yang
berilmu tentang Laa ilaha illa-Llah. 7:172, ikrar tentang RubiyatuLlah manusia
merupakan alasan bagi ikrar tentang keesaan Allah. 3:81, ikrar para nabi
mengakui kerasulan Muhammad SAW meskipun mereka hidup sebelum kedatangan
Rasulullah SAW.
-
63:1-2, syahadah bererti sumpah. Orang-orang munafiq
berlebihan dalam pernyataan syahadatnya, padahal mereka tidak lebih sebagai
pendusta. 4:138-145, beberapa ciri orang yang melanggar sumpahnya iaitu
memberikan wala kepada orang-orang kafir, memperolok-olok ayat Allah, mencari
kesempatan dalam kesempitan kaum muslimin, menunggu-nunggu kesalahan kaum
muslimin, malas dalam sholat dan tidak punya pendirian. Orang-orang mukmin yang
sumpahnya teguh tidak akan bersifat seperti tersebut.
-
5:7, 2:285, syahadah adalah mitsaq yang harus diterima
dengan sikap sama'an wa tho'atan didasari dengan iman yang sebenarnya terhadap
Allah, Malaikat, Kitab-kitab, Rasul-rsaul, hari Akhir dan Qadar baik maupun
buruk. 2:93, pelanggaran terhadap mitsaq ini berakibat turunnya la'nat Allah
seperti yang pernah terjadi pada orang-orang yahudi.
2.Iman
Syarah
Syahadah yang dinyatakan seorang muslim penuh
kesedaran sebagai sumpah dan janji setia ini merupakan ruh Iman
iaitu:
-
Ucapan (qoul) yang sentiasa sesuai dengan isi hatinya
yang suci. Perkataan mahupun kalimat yang keluar dari lidahnya yang baik serta
mengandungi hikmah. Syahadah diucapkan dengan penuh kebanggaan iman (isti'la-ul
iman) berangkat dari semangat isyhadu biannaa muslimin.
-
Membenarkan (tashdiq) dengan hati tanpa keraguan.
Iaitu sikap keyakinan dan penerimaan dengan tanpa rasa keberatan atau pilihan
lain terhadap apa yang didatangkan Allah.
-
Perbuatan (amal) yang termotivasi dari hati yang
ikhlas dan kefahaman terhadap maksud-maksud aturan Allah. Amal merupakan
cerminan dari kesucian hati. Dan upaya untuk mencari redha Ilahi. Amal yang
menunjukkan sikap mental dan moral Islami yang dapat dijadikan
teladan.
-
Ketiga perkara di atas tidak terpisahkan sama sekali.
Seorang muslim yang tidak membenarkan ajaran Allah dalam hatinya bahkan
membencinya. Meskipun kelihatan mengamalkan sebahagian ajaran Islam adalah
munafiq I'tiqodi yang terlaknat. Muslim yang meyakini kebenaran ajaran Islam dan
menyatakan syahadatnya dengan lisan tetapi tidak mengamalkan dalam kehidupan
adalah munafiq amaly. Sifat nifaq dapat terjadi sementara terhadap seorang
muslim oleh kerana berdusta, menyalahi janji atau
berkhianat.
Dalil
-
49:15, 4:65, 33:36, Iman adalah keyakinan tanpa
keraguan, penerimaan menyeluruh tanpa rasa keberatan, kepercayaan tanpa pilihan
terhadap semua keputusan Allah. 3:64, sikap hidup yang merupakan cermin identiti
Islam.
-
4:123-125, iman bukanlah hanya angan-angan, tetapis
sesuatu yang tertanam di dalam hati dan harus diamalkan dalam bentuk praktikal.
Amal yang dikerjakan harus merupakan amal sholeh yang dilakukan sengan ihsan dan
penyerahan yang sempurna kepada kehendak Allah. Dalam melakukan amal tersebut,
seorang mukmin merasa dikawal oleh Allah SWT.
-
2:80, di antara kekeliruan ummat Islam adalah
mencontoh sikap Yahudi. Misalnya merasa bahawa neraka merupakan seksaan yang
sebentar sehingga tidak apa memasukinya. Atau mereka merasa akan masuk syurga
semata-mata karena imannya sehingga tidak perlu beramal sholeh lagi.
-
2:8, 63:1-2, 48:11, Ucapan lisan tanpa membenarkan
dengan hati adalah sikap nifaq I'tiqodi. Berbicara dengan mulutnya sesuatu yang
tidak ada dalam hatinya.
-
Hadits, Tanda-tanda munafik ada tiga. Jika salah satu
ada pada seseorang maka ia merupakan munafikm sebahagian. Bila keseluruhannya
terdapat, maka ia munafik yang sesungguhnya iaitu: bila berbicara ia berdusta,
bila berjanji menyalahi janjinya, dan bila diberi amanah ia berkhianat. Ketiga
tanda ini termasuk jenis munafik amali.
-
Imam Hasan Basri berkata, 'Iman bukanlah angan-angan,
bukan pula sekedar hiasan, tetapi keyakinan yang hidup di dalam hati dan
dibuktikan dalam amal perbuatan'.
3.Istiqomah
Syarah
Keimanan seseorang muslim yang mencakupi tiga unsur di
atas mesti selalu dipelihara dan dijaga dengan sikap istiqomah. Istiqomah adalah
konsisten, tetap dan teguh. Tetap pada pendirian, tidak berubah, dan tahan uji.
Sikap istiqomah akan melahirkan tiga hal yang merupakan ciri orang-orang beriman
sempurna, iaitu:
-
Syajaah (keberanian) muncul kerana keyakinan sebagai
hamba Allah yang selalu dibela dan didukung Allah. Tidak takut menghadapi
tantangan hidup, siap berjuang untuk tegaknya yang haq (benar). Keberanian juga
bersumber kepada keyakinan terhadap qadha dan qadar Allah yang pasti. Tidak
takut pada kematian kerana kematian di jalan Allah merupakan anugerah yang
selalu dirindukannya.
-
Itminan (ketenangan) berasal dari keyakinan terhadap
perlindungan Allah yang memelihara orang-orang mukmin secara lahir dan batin.
Dengan sentiasa ingat pada Allah dan selalu berpanduankepada petunjukNya
(kitabullah dan sunnah), maka ketenangan akan selalu hidup di dalam
hatinya.
-
Tafaul (optimis), meyakini bahawa masa depan adalah
milik orang-orang yang beriman. Kemenangan ummat Islam dan kehancuran kaum
kuffar sudah pasti. Mukmin menyedari bahawa amal perbuatan yang dilakukannya
tidak akan sia-sia, melainkan pasti dibalas Allah dengan pembalasan yang
sempurna.
Dalil
-
11:112-113, istiqomah ertinya tidak menyimpang atau
cenderung pada kekufuran 17:73-74, istiqomah tetap teguh, tahan dan kuat dalam
menghadapi dan melaksanakan perintah Allah. 42:15, terus berjuang menyampaikan
ajaran Allah dengan tidak mengikuti hawa nafsu. Hadits: Abi Amr atau Abi Amrah
Sofyan bin Abdillah , ia berkata: "aku berkata: Wahai Rasulullah katakanlah
kepadaku tentang Islam suatu perkataan yang aku tak akan dapat menanyakannya
kepada seseorang kecuali kepadamu". Bersabdalah Rasulullah, "katakanlah, aku
telah beriman kepada Allah. kemudian berlaku istiqomahlah kamu".
(Muslim).
-
41:30-32, orang yang beristiqomah didukung Malaikat
yang akan menjadikannyaberani, tenang dan optimis. 9:5x2, sumber keyakinan
tentang qadha dan qadar yang menimbulkan keberanian, kecelakaan atau
kemudharatan hanyalah ketentuan Allah belaka. 3:157/158, kemuliaan merupakan
anugerah Allah bagi orang-orang mukmin sehingga mereka tidak takut menyampaikan
risalah kebenaran, lihat 33:39.
-
13:28, ketenangan dapat diperoleh dengan mengingat
Allah. 47:7, 3:173, 33:23, ketenangan yang diperoleh kerana tawakal terhadap
janji perlindungan Allah yang pasti sehingga timbul pula keberanian menghadapi
musuh. Ibnu Taymiyah berkata, "apa yang hendak dilakukan musuh-musuhku
terhadapku? Sesungguhnya syurga aku terletak dihatiku. Dimanapun aku berada ia
selalu bersamaku. Sesungguhnya kematianku adalah syahid. Penjaraku adalah rasa
manis, sedangkan mengusirku bagiku adalah travelling. Ibnu Qayyim mengambil
perkataan seorang alim"sesungguhnya kita berada dalam kelezatan (hati) yang
seandainya anak-anak raja mengetahuinya tentu mereka ingin mengambilnya dengan
pedang-pedang mereka.
-
3:160, optimis bahawa dengan pertolongan Allah tak
akan ada yang dapat mengalahkan. 33:22-23, contoh optimis para sahabat Rasul di
perang Ahzab. Hadits, Rasulullah yakin akan mengalahkan Rummawi dan parsi dengan
menjanjikan kepada Saraqah bin Malik akan memberikan gelang dan mahkota Parsi
dengan keislamannya. Hal ini kemudian terbukti dengan kemenangan kaum muslimin
dalam perang Qadissiyya.
4.Assa'adah
Syarah
Dalil
Ringkasan
Kandungan kata "syahadah"
a. Iqrar (pengakuan) (3:18, 81)
b. Sumpah (63:2, 24:6,8)
c. Perjanjian (3:81, 5:7, 2:26-27)
Iman: (2:285)
a. Perkataan
b. Membenarkan
c. Amal
Istiqamah: (41:30)
a. Berani (41:30, 5:52)
b. Tenang (41:30, 13:28)
c. Optimis (41:30, 24:55)
Bahagia: (3:185)
Tarbiyah
Seri Makna Assyahadatain
Makna Ilah
Sinopsis
Kalimat Laa ilaaha ilaLlah tidak mungkin difahami
kecuali dengan memahami terlebih dahulu ma'na ilah yang berasal dari 'aliha'
yang memiliki berbagai macam pengertian. Dengan memahaminya kita mesti
mengetahui motif-motif manusia mengilahkan sesuatu. Ada empat makna utama dari
aliha iaitu sakana ilahi, istijaaro bihi, asy syauqu ilaihi dan wull'a bihi.
Aliha bermakna abaduhu (mengabdi/menyembahnya), kerana empat perasaan itu
demikian mendalam dalam hatinya, maka dia rela dengan penuh kesedaran untuk
menghambakan diri kepada ilah (sembahan) tersebut. Dalam hal ini ada tiga sikap
yang mereka berikan terhadap ilahnya iaitu kamalul mahabah, kamalut tadzalul,
dan kamalut khudu'. Al ilah dengan makrifat iaitu sembahan yang sejati hanyalah
Allah sahaja, sedangkan selain Allah adalah bathil. Maka pengertian-pengertian
ma'na ilah di atas hanyalah hak Allah sahaja, tidak boleh diberikan kepada
selainNya.
Dalam menjadikan Allah sebagai Al Illah terkandung empat pengertian
iaitu al marghub, al mahbub, al matbu', dan al marhub. Al ma'bud merupakan
sesuatu yang disembah secara mutlak. Kerana Allah adalah satu-satunya Al Ilah,
tiada syarikat kepadaNya, maka Dia adalah satu-satunya yang disembah dan diabdi
oleh seluruh kekuatan yang ada pada manusia. Pengakuan Allah sebagai Al Ma'bud
dibuktikan dengan penerimaan Allah sebagai pemilik segala loyalti, pemilik
ketaatan, dan pemilik hukum.
Hasiyah
1.Aliha
Syarah
-
Mereka tenteram kepadanya (sakana ilaihi) iaitu ketika
ilah tersebut diingat-ingat olehnya, ia merasa senang dan manakala mendengar
namanya disebut atau dipuji orang ia merasa tenteram.
-
Merasa dilindungi oleh-Nya (istijaaro bihi), kerana
ilah tersebut dianggap memiliki kekuatan ghaib yang mampu menolong dirinya dari
kesulitan hidup.
-
Merasa selalu rindu kepadanya (assyauqu ilaihi), ada
keinginan selalu bertemu dengannya, samada berterusan atau tidak. Ada
kegembiraan apabila bertemu dengannya.
-
Merasa cinta dan cenderung k
epadanya (wull'a bihi).
Rasa rindu yang menguasai diri menjadikannya mencintai ilah tersebut, walau
bagaimanapun keadaannya. Ia selalu beranggapan bahawa pujaannya memiliki
kelayakan dicintai sepenuh hati.
Dalil
-
Perkataan orang Arab: 'saya merasa tenteram
kepadanya', 'si fulan meminta perlindungan kepadanya', 'si fulan merasa rindu
kepadanya', 'anak itu cenderung kepada ibunya'.
-
10:7-8, manusia yang mengilahkan kehidupan dunia
merasa tenteram dengan hidup dunia. 7:138, bani Israel yang bodoh menghendaki
adanya ilah yang dapat menenteramkan hati mereka.
-
72:6, manusia memperilah jin dengan meminta
perlindungan kepadanya. 36:74-75, orang-orang musyrik mengambil pertolongan dari
selain Allah padahal semuanya tidak dapat menolong kita, lihat 7:197.
-
2:93, 20:91, bani Israel larut dalam kerinduan yang
berlebihan terhadap ijla (anak lembu) yang dijadikannya ilah. 26:71, para
penyembah berhala sangat tekun melakukan pengabdian kerana selalu rindu
padanya.
-
29:25, berhala-berhala adalah menyatukan bangsa yang
sangat disenangi oleh orang-orang musyrik. 2:165, tandingan (andad) merupakan
sembahan-sembahan selain Allah yang dicintai oleh orang-orang musyrik sama
dengan mencintai Allah kerana mereka sangat cenderung atau dikuasai
olehnya.
2.Abadahu
Syarah
-
Dia
amat sangat mencintainya (kamalut mahabbah), sehingga semua akibat cinta siap
dilaksanakannya. Maka diapun siap berkorban memberi loyalti, thaat dan patuh dan
sebagainya.
-
Dia
amat sangat merendahkan diri di hadapan ilahnya (kamalut tadzulul). Sehingga
menganggap dirinya sendiri tidak berharga, sedia bersikap rendah
serendah-rendahnya untuk pujaannya itu.
-
Dia
amat sangat tunduk, patuh (kamalul khudu'). Sehingga akan selalu mendengar dan
thoat tanpa reserve, serta melaksanakan perintah-perintah yang menurutnya
bersumber dari sang ilah.
Dalil
-
Perkataan orang Arab aliha adalah abadahu. Seperti
aliha rajulu ya-lahu (lelaki itu menghambakan diri pada ilahnya)
-
39:45, orang kafir yang menjadikan sesuatu selain
Allah sebagai ilahnya demikian senangnya apabila mendengar nama kecintaannya
serta tidak suka apabila nama Allah disebut. Hadits, sabda Rasulullah SAW,
'Celakalah hamba dinar (wang emas), celakalah hamba dirham (wang perak),
celakalah hamba pakaian (mode). Kalau diberi maka ia redha, sedangkan apabila
tidak diberi maka iaakan kesal. Ini disebabkan kecintaan yang amat sangat
terhadap barang-barang tersebut.
-
36:60, orang-orang kafir pada hakikatnya mengabdi
kepada syaithan yang memperdaya mereka. 6:137, orang-orang kafir demikian
patuhnya sehingga bersedia membunuh anak-anaknya untuk mengikuti program
ilah-ilah sembahannya.
3.Al Ilah
Syarah
-
Al
Marghub iaitu dzat yang sentiasa diharapkan. Kerana Allah selalu memberikan
kasih sayangNya dan di tangan-Nyalah segala kebaikan.
-
Al
Mahbub, dzat yang amat sangat dicintai kerana Dia yang berhak dipuja dan dipuji.
Dia telah memberikan perlindungan, rahmat, dan kasih sayang yangberlimpah ruah
kepada hamba-hambaNya.
-
Al
Matbu' yang selalu diikuti atau ditaati. Semua perintahNya siap dilaksanakan
dengan segala kemampuan sedang semua laranganNya akan selalu dijauhi. Selalu
mengikuti hidayah atau bimbinganNya dengan tanpa pertimbangan. Allah sahaja yang
sesuai diikuti secara mutlak, dicari dan dikejar keredhaan-Nya.
-
Al
Marhub, sesuatu yang sangat ditakuti. Hanya Allah sahaja yang berhak ditakuti
secara syar'i. Takut terhadap kemarahanNya, takut terhadap seksa-Nya, dan takut
terhadap hal-hal yang akan membawa kemarahanNya. Rasa takut ini bukan membuat ia
lari, tetapi membuatnya selalu mendekatkan diri kepada
Allah.
Dalil
-
2:163-164, Allah adalah ilah yang esa tiada ilah
selain Dia, dengan rahmat dan kash sayangNya yang teramat luas.
-
2:186, 40:60, 94:7-8. Hanya Allahyang sesuai diharap
kerana Ia maha memberi atau mengabulkan do'a hambaNya. 21:90-91, orang-orang
mukmin menghambakan diri kepada Allah dengan harap dan cemas.
-
2:165, Allah adalah kecintaan orang yang mukmin dengan
kecintaan yang amat sangat. 8:2, sehingga ketika disebut nama Allah bergetar
hatinya. 9:24, Allah berada di atas segala kecintaan.
-
51:50, perintah Allah untuk bersegera menuju Allah
kerana hanya Allah sahaja yang sesuai diikuti. 37:99, menuju Allah untuk
memperoleh bimbingan dan hidayahNya untuk diikuti.
-
2:40, 9:13, 33:39, hanya Allah sahaja yang sesuai
ditakuti dengan mendekatkan diri kepadaNya.
4.Al Ma'bud
Syarah
-
pemilik kepada segala loyaliti, perwalian atau
pemegang otoriti atas seluruh makhluk termasuk dirinya. Dengan demikian loyaliti
mukminin hanya diberikan kepada Allah dengan kesedaran bahawa loyaliti yang
diberikan pada selainNya adalah kemusyrikan.
-
Pemilik tunggal hak untuk ditaati oleh seluruh makhluk
di alam semesta. Mukmin meyakini bahawa ketaatan pada hakikatnya untuk Allah
sahaja. Seorang mukmin menyedari sepenuhnya bahawa mentaati mereka yang
mendurhakai Allah adalah kedurhakaan terhadap Allah.
-
Pemilik tunggal kekuasaan di alam semesta. Dialah yang
menciptakan dan berhak menentukan aturan bagi seluruh ciptaanNya. Maka hanya
hukum dan undang-undangNya sahaja yang adil. Orang mukmin menerima Allah sebagai
pemerintah dan kerajaan tunggal di alam semesta dan menolak kerajaan
manusia.
Dalil
-
109:1-6, pernyataan mukmin bahawa pengabdiannya hanya
untuk Allah sahaja dan sekali-kali tidak akan mengabdi selainNya. 16:36, Rasul
diutus dengan risalah pengabdian pada Allah sahaja dan menjauhi segala yang
diabdi selain Allah. 2:21, perintah Allah untuk mengabdi kepadaNya sahaja dengan
tidak mengambil selain Allah sebagai tandingan-tandingan.
-
7:196, pernyataan mukmin bahawa wali (pemimpin) nya
hanya Allah sahaja. 2:257, berwalikan kepada Allah melepaskan manusia dari
kegelapan jahiliyah menuju cahaya Islam.
-
7:54, hak menciptakan dan hak memerintah hanyalah
milik Allah. mukmin hanya mengakui kerajaan Allah. hadits, mukmin hanya akan
taat pada sesuatu yang diizinkan Allah, Rasul dan ulil amri. Mukmin tidaklah
akan mentaati perintah maksiyat kepada Allah.
-
12:40, hak menentukan hukum dan undang-undang hanyalah
hak Allah. 24:1, Allah mewajibkan manusia melaksanakan hukum-hukumNya. 5:44, 45,
47 mereka yang menolak aturan atau hukum Allah adalah kafir, zalim dan fasik.
Ini ertinya pemerintahan Allah sahaja yang boleh tegak sedang pemerintahan
manusia adalah batil.
Ringkasan
-
Kandungan makna (aliha, ya-lahu, Ilahan):
-
Merasa tenang padanya (10:7)
- Selalu
rindu padanya (7:138)
- Melindungi
diri padanya (72:6)
- Mencintainya
(2:165)
-
(Aliha) membawa erti (Abadahu):
- Sempurna mencintai
- Sempurna menghinakan diri
- Sempurna menundukkan diri
-
Kandungan kata (Al-Ilah):
- Yang diharapkan
- Yang diikuti
- Yang ditakuti
- Yang dicintai
-
(al-Ilah):
- Yang layak diberikan kepadanya
wala'
- Yang wajib diberikan kepadanya
ketaatan
- Yang wajib diberikan
kepadanya authoriti
Tarbiyah
Seri Makna Assyahadatain
Al Wala' Wal Barra
Sinopsis
Kalimat laa ilaha illa lLah terdiri dari 3 jenis huruf
(alif, lam dan ha) serta
4 kata (Laa, ilah, illa, Allah) tetapi mengandung
pengertian yang mencakup seluruh ajaran Islam. Keberadaan kata ini adalah Wala
terhadap Allah dan Bara terhadap selain Allah. bagi muslim sikap ini merupakan
sikap hidup yang inti dan warisan para nabi. Penyimpangan dari sikap ini
tergolong dosa besar yang tidak diampuni (syirik). Dengan sikap Wala dan Bara
seorang mu'min akan selalu mengarahkan dirinya kepada Allah di setiap
perbuatannya. Untuk memahami wala dan bara ini kita perlu mengkaji unsur-unsur
kalimatnya, seperti la, ilaha, illa dan sebagainya. Kalimah Muhammad Rasulullah
merupakan bahagian kedua dari syahdatain.
Di dalamnya terkandung suatu pengakuan
tentang kerasulan Muhammad SAW. Ertinya di dalam rangka mengamalkan Wala dan
Bara yang terkandung di dalam Laa ilaha illa Llah maka mesti mengikuti petunjuk
dan jejak langkah Muhammad SAW. Beliau mendapatkan pengesahan Ilahi untuk
menunjukkan kebenaran dan melaksanakannya. Maka beliau merupakan teladan
pelaksanaan Wala dan Bara.
Hasyiah
Laa ilaha illa Llah
1.
Laa (tidak ada - penolakan) Kata penolakan yang mengandungi pengertian menolak
semua unsur yang ada di belakang kata tersebut
2.
Ilaha (sembahan - yang ditolak) Sembahan iaitu kata yang ditolak oleh laa tadi,
iaitu segala bentuk sembahan yang bathil. Dua kata ini mengandungi pengertian
bara (berlepas diri)
3.
Ila (kecuali - peneguhan) Kata pengecualian yang bererti meneguhkan dan
menguatkan kata di belakangnya sebagai satu-satunya yang tidak
ditolak
4.
Allah (yang diteguhkan atau yang dikecualikan) Kata yang dikecualikan oleh illa.
Lafzul jalalah (Allah) sebagai yang dikecualikan.
Dalil
-
16:36, inti dakwah para Nabi adalah mengingkari
sembahan selain Allah
dan hanya menerima Allah sahaja sebagai satu-satunya
sembahan.
-
4:48, 4:116, bahaya menyimpang dari Tauhid. Syirik
merupakan dosa yang tidak diampun.
-
47:19, dosa-dosa manusia diakibatkan kelalaian
memahami makna tauhid
-
7:59, 65, 73, beberapa contoh dakwah para nabi yang
memerintahkan pengabdian kepada Allah dan menolak ilah-ilah yang lain
-
Hadits. Ikatan yang paling kuat daripada iman adalah
mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah
-
Hadits. Barangsiapa yang mencintai kerana Allah,
membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan melarang kerana Allah, maka ia
telah mencapai kesempurnaan iman.
Bara (pembebasan)
Merupakan hasil kalimat laa ilaha yang ertinya
membebaskan diri daripada segala bentuk sembahan. Pembebasan ini bererti:
mengingkari, memisahkan diri, membenci, memusuhi dan memerangi. Keempat perkara
ini ditunjukkan pada segala ilah selain Allah samada berupa sistem, konsep
mahupun pelaksana.
Dalil
-
60:4, contoh sikap bara yang diperlihatkan Nabi
Ibrahim AS dan pengikutnya terhadap kaumnya. Mengandung unsur mengingkari,
memisahkan diri, membenci dan memusuhi.
-
9:1, sikap bara bererti melepaskan diri seperti yang
dilakukan oleh Rasul terhadap orang-orang kafir dan musyrik.
-
47:7, sikap bara adalah membenci kekufuran, kefasikan
dan kedurhakaan.
-
58:22, sikap bara dapat diertikan juga memerangi dan
memusuhi meskipun terhadap familinya. Contohnya Abu Ubaidah membunuh ayahnya.
Umar bin Khatab membunuh bapa saudaranya, sedangkan Abu Bakar hampir membunuh
putranya yang masih musyrik. Semua ini berlangsung di medan perang.
-
26:77, Nabi Ibrahim menyatakan permusuhan terhadap
berhala-berhala sembahan kaumnya.
Hadam (penghancuran)
Sikap bara dengan segala
akibatnya melahirkan upaya
menghancurkan segala bentuk pengabdian terhadap tandingan-tandingan mahupun
sekutu-sekutu selain Allah, apakah terhadap diri, keluarga mahupun
masyarakat.
Dalil
-
21:57-58, Nabi Ibrahim berupaya menghancurkan
berhala-berhala yang membodohi masyarakatnya pada masa itu. Cara ini sesuai pada
masa itu tetapi pada masa Rasulullah, Rasul SAW menghancurkan akidah berhala dan
fikrah yang menyimpang terlebih dahulu. Setelah fathu Mekkah, kemudian 360
berhala di sekitar Ka'bah dihancurkan oleh Rasul.
Al Wala (loyaliti)
Kalimat Illa-lLah bererti pengukuhan terhadap
wilayatulLlah (kepemimpinan Allah). Ertinya: selalu mentaati, selalu mendekatkan
diri, mencintai sepenuh hati, dan membela, mendukung, dan menolong. Semua ini
ditujukan kepada Allah dan segala yang diizinkan Allah seperti Rasul dan orang
yang beriman.
Dalil
-
5:7, 2:285, Iman terhadap kalimat suci ini bererti
bersedia mendengar dan taat.
-
10:61,62, jaminan Allah terhadap yang menjadi wali
(kekasih) Allah kerana selalu dekat kepadaNya.
-
2:165, wala kepada Allah menjadikan Allah sangat
dicintai, lihat 9:24
-
61:14, sebagai bukti dari wala adalah selalu siap
mendukung atau menolong dien Allah.
Al Bina (membangun)
Sikap wala beserta segala akibatnya merupakan sikap
mukmin membangun hubungan yang kuat dengan Allah, Rasul dan orang-orang mukmin.
Juga bererti membangun sistem dan aktiviti Islam yang menyeluruh pada diri,
keluarga, mahupun masyarakat.
Dalil
-
22:41, ciri mukmin adalah sentiasa menegakkan agama
Allah.
-
24:55, posisi kekhilafahan Allah peruntukkan bagi
manusia yang membangun dienuLlah.
-
22:78, jihad di jalan Allah dengan sebenarnya jihad
adalah upaya yang tepat membangun dienulLah.
Ikhlas
Keikhlasan iaitu pengabdian yang murni hanya dapat
dicapai dengan sikap bara terhadap selain Allah dan memberikan wala sepenuhnya
kepada Allah.
Dalil
-
98:5, mukmin diperintah berlaku ikhlas dalam melakukan
ibadah.
-
39:11,14, sikap ikhlas adalah inti ajaran Islam dan
pengertian dari La ilaha illalLah.
Muhammad Rasulullah
Konsep Wala dan Bara ditentukan dalam bentuk
:
-
Allah sebagai sumber
Allah sebagai sumber wala, dimana loyaliti mutlak
hanya milik Allah dan loyaliti lainnya mesti dengan izin Allah.
-
Rasul sebagai cara (kayfiyat)
Pelaksanaan wala terhadap Allah dan Bara kepada selain
Allah mengikuti cara Rasul
-
Mukmin sebagai pelaksana
Pelaksana Wala dan Bara adalah orang mukmin yang telah
diperintahkan Allah dan dicontohkan Rasulullah.
-
Dalam pelaksanaan Bara, rasululLah memisahkan manusia
atas muslim dan kafir, HizbulLah dengan Hizbus Syaithan. Orang-orang mukmin
adalah mereka yang mengimani Laa ilaha illalLah dan Muhammad RasuluLlah
sedangkan orang kafir adalah mereka yang mengingkari salah satu dari dua kalimah
syahadat atau kedua-duanya.
-
Orang-orang beriman wajib mengajak orang kafir kepada
jalan Islam dengan dakwah secara hikmah dan boleh diperangi sampai mereka
mengakui ketinggian kalimah Allah.
-
Dengan demikian pelaksanaan Wala dan Bara telah
ditentukan caranya. Kita hanya mengikut apa yang telah dicontohkan RasuluLlah
SAW.
Dalil
-
5:55-56, Allah, Rasul dan orang-orang mukmin adalah
wali orang yang beriman.
-
4:59, ketaatan diberikan hanya kepada Allah, Rasul dan
Ulil Amri dari kalangan mukmin.
-
5:56, orang-orang yang memberikan wala kepada Allah,
Rasul dan orang-orang mukmin adalah Hizbullah (golongan Allah), lihat pula
58:22. Selain golongan ini adalah Hibus Syaithan.
-
60:7-9, kebolehan bergaul dengan orang kafir dengan
batas-batas tertentu. Asbabun nuzul ayat ini berkaitan dengan Asma binti Abu
Bakar yang tidak mengizinkan ibunya masuk rumahnya sebelum mendapat izin dari
RasuluLlah, lihat pula 31:15.
Ringkasan Dalil
-
Laa
ilaha illa-Llah: (Laa) adalah perkataan penolakan, (ilaha) - yang
ditolak
-
Al-Barro' (melepaskan diri) (60:4,
7:59,65,73,85):
-Mengingkari
-Membenci
-Memusuhi
-Memutus hubungan
-Menghancurkan
-
Illa (melainkan) adalah ungkapan pengukuhan
(isbat)
-
Allah adalah yang dikukuhkan (diisbatkan)
-
Al-Wala'/loyaliti (7:196, 5:55, 4:59, 5:7, 47:7,
2:186, 2:165, 3:31) adalah:
-Taat
-Membela
-Membangun
-Mendekati
-Mencintai
-
Menghancurkan dan membangun adalah makna ikhlas (98:5,
39:11,14)
-
Muhammadu Rasulullah - Konsep Al-Wala' dan Al
Barro':
-Allah adalah sumber nilainya (2:147,
7:2)
-Rasul adalah contoh
pelaksanaannya (33:21, 59:7)
-Orang
mukmin adalah pelaksananya (33:36, 35:32)
-
Kaifiat "Membina" dan "Menghancurkan" adalah dengan
"ittiba'" (3:31)
Tarbiyah
Seri Makna Assyahadatain
Kalimatullah Hiyal Ulya
Sinopsis
Kalimah Allah adalah yang paling tinggi. Islam sebagai
dien mempunyai konsep yang jelas, lengkap dan dapat dibuktikan kebenarannya.
Sedangkan konsep atau sistem selain Islam adalah buatan manusia yang tidak
lengkap, tidak jelas dan bersifat berubah atau sementara. Konsep Islam dilandasi
oleh syahadatain, sedangkan selain Islam menjadi pemikiran jahiliyah dasarnya.
Syahadah adalah kalimah yang tinggi yang dijadikan sebagai kalimah tauhid dan
kalimah taqwa. Gambaran kalimah tauhid ini di dalam Al-Qur'an adalah kalimah
toyyibah iaitu kalimah yang teguh dan kuat.
Pemikiran jahiliyah sebagai landasan
dari konsep selain Islam merupakan kalimat syirik yang menjadi saingan konsep
dan sistem Islam. Konsep jahili berdasarkan semangat jahiliyah seperti
materialisme, kapitalisme, komunisme dan isme lainnya. Isme-isme ini tidak
mempunyai kekuatan sebagai kalimah khobitsah yang lemah dan tidak
kuat.
1.Dua Kalimah Syahadah
Sarahan
-
Dua
kalimah syahadah merupakan inti dari dienul Islam. Dasar utamanya adalah wahyu
yang dalam bentuk kitab dan sunnah. Islam mengandungi ketinggian nilai yang
tidak dapat dibandingkan dengan konsep, sistem dan agama lainnya.
-
Pemikiran-pemikiran jahiliyah adalah inti daripada
konsep dan pandangan jahiliyah. Termasuk dalam kelompok ini adalah segala bentuk
isme (faham) misalnya materialisme, komunisme, kapitalisme, nasionalisme,
humanisme, idealisme dan berbagai bentuk ideologi samada bersifat lokal mahupun
bersifat internasional. Dasar utamanya adalah ro'yu (akal)
sahaja.
Dalil
-
3:18, pernyataan Allah tentang keesaanNya menunjukkan
bahawa ini merupakan inti dari seluruh ajaran Islam.
-
42:52,55, dasar Islam adalah wahyu dan bukan
ra'yu.
-
53:4, Perkataan Rasulullah sebagai salah satu sumber
nilai Islam bukanlah merupakan hawa nafsu melainkan juga wahyu.
-
Hadits. Sabda Rasulullah kepada AbdulLah bin Amru bin
Ash: "Tulislah, demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya. Tidak keluar dari
lidahku ini kecuali kebenaran"
-
10:36, 53:23, orang-orang kafir mengikuti isme-isme
yang berdasarkan dzan dan hawa nafsu manusia.
-
6:116, konsep demokrasi adalah hawa nafsu
manusia.
2. Konsep Islam vs Jahiliyah
Sarahan
-
Konsep Islam merupakan ajaran yang bersumber dari
Allah yang Maha Tinggi, tanpa dicampuri oleh pemikiran manusia. Kerana Allah
maha mengetahui maka Islam adalah ilmu yang dalam. Kerana Allah Maha Hidup maka
Islam merupakan panduan hidup. Kerana Allah maha bijaksana, maka Islam adalah
hukum-hukum yang adil dan bijaksana. Islam merupakan perwujudan sifat Allah yang
membimbing dan memimpin manusia menuju kepada kebahagian yang sejati.
-
Konsep orang kafir menjadikan selain Islam sebagai
panduannya misalnya pandangan bukan dari Allah, Rasul dan diennNya. Mereka
merupakan orang yang bodoh (jahil) terhadap kebenaran. Keingkaran mereka
menunjukkan kehinaan dan kerendahan yang tidak bererti dibandingkan dengan
ketinggian Allah. Konsep hidup mereka tidak boleh diikuti oleh
manusia.
Dalil
-
Hadits. Sabda Rasulullah saw, "Islam itu tinggi dan
tiada yang melebihi ketingiannya".
-
2:120, petunjuk Allah yang sebenar-benarnya petunjuk.
10:35, Allah menunjukki kepada kebenaran selain Allah hanya menyesatkan. Maka
Allah sahaja yang sesuai untuk diikuti.
-
6:115, kesempurnaan, ketepatan dan keadilan kalimah
Allah . 54:5, kedalaman pengetahuan Allah. 86:13, kalimah Allah sangat tegas dan
bukan permainan (56:12).
-
9:40, kalimah Allah yang tinggi sedangkan konsep
orang-orang kafir itu rendah. 6:112, orang-orang kafir saling memberikan
pandangan yang menipu manusia dengan hiasan kalimat-kalimat yang
indah.
-
28:49-50, menolak kitabullah bererti mengikuti hawa
nafsu. Lihat pula 33:72, 30:29. Konsep orang-orang zalim berdasarkan hawa nafsu
dan kesesatan mereka.
3. Kalimah Taqwa vs Kesombongan
Jahiliyah
Sarahan
-
Kalimat taqwa. Konsep Islam yang tinggi itu merupakan
sumber ketaqwaan dan kebajikan. Mengucapkannya sahaja ibadah, apalagi
mempelajari, menghayati dan mengamalkannya. Hanya konsep inilah yang dapat
mebentuk peribadi taqwa dan akhlak mulia.
-
Kesombongan jahiliyah. Selain konsep Islam maka konsep
itu adalah jahiliyah hanya berupa slogan yang menunjukkan kesombongan dan
kebanggaan orang-orang yang bodoh. Tak terbukti di dalam kenyataan, hanya
teori-teori kosong yang dusta. Masyarakat yang dibentuknya menjadi masyarakat
yang kufur dan bergelimang dalam maksiyat.
Dalil
-
9:108, mendasari kehidupan dengan laa ilaha illa lLah
diperumpamakan membangun dengan landasan taqwa.
-
2:21, 2:183, 2:178, tujuan dan penghambaan Islam
adalah membentuk peribadi taqwa. Hanya dengan melaksanakan syahadatain secara
murni dan hasil taqwa dapat dicapai.
-
3:133-135, contoh konsep taqwa yang disajikan oleh
kitabullah. 39:3, membenarkan kitabulLah jalan menuju taqwa.
-
48:26, orang-orang kafir menanamkan kecintaan pada
konsep mereka. Sedangkan Allah mewajibkan pengkajian kalimat taqwa. 43:51-54,
penguasa sistem jahiliyah membanggakan kekuasaan dan kekayaan mereka untuk
menipu rakyat. 40:26, penguasa berdalih stabiliti kekuasaannya menjelekkan
pembawa kebenaran.
4. Kalimah Tauhid vs Kalimah Syirik
Sarahan
-
Konsep tauhid. Syahadatain dengan Islam sebagai
penjelasannya merupakan konsep yang mengesakan Allah. manusia dibawa pada satu
tujuan dan orientasi iaitu mencari keredhaan Allah yang Maha Esa. Konsep ini
mampu menyatukan manusia dari berbagai jenis suku dan bangsa, dari berbagai
latar belakang budaya dalam satu ikatan aqidah tauhid yang punya satu keinginan,
tegaknya kalimat Allah yang tinggi.
-
Konsep syirik. Di dalam jahiliyah manusia saling
memperbudak satu dengan lainnya, atau diperbudak oleh materi. Tujuan dan
orientasi mereka bermacam-macam dan berbeza-beza. Kerananya mereka saling
mengeksploitasi. Yang satu ingin menguasai yang lain. Jiwa dan kepribadian
mereka berpisah, tiada ruh yang dapat melandasi kesatuan dan
persatuan.
Dalil
-
3:103, dengan berpegang teguh kepada tauhidulLah ummat
dapat bersatu. 21:92, Islam adalah ajaran tauhid yang memiliki hanya satu ummat.
49:13, konsep Islam tentang kesatuan manusia dengan menjadikan taqwa sebagai
timbangan kemuliaan dan kehinaan manusia.
-
3:64, konsep di luar Islam hanya membawa kepada
kemusyrikan, menghasilkan perbudakan antara manusia. 16:75-76, kehinaan
ilah-ilah kaum musyrikin yang menjadi beban bagi penyembahnya. 39:29, gambaran
orang yang berada di dalam konsep syirik dibandingkan dengan konsep tauhid.
59:.. kamu kira musuh Allah itu bersatu padahal mereka
bercerai-berai.
5. Kalimah yang Baik vs Kalimah tak
Baik
Sarahan
-
Konsep yang baik. Kerana membawa kepada ketaqwaan dan
persatuan maka Islam merupakan konsep yang baik. Ibarat pohon yang baik, ia akan
berakar di hati manusia yang suci (fitrah), kuat dan tertunjang dalam keyakinan
dan keperibadian mereka. Kalimah yang baik melahirkan manusia yang membentuk
peradaban mulia dan bermanfaat di dunia. Bila tiba masanya pohon Islam akan
menghasilkan buah yang lezat lagi berkhasiat.
-
Konsep yang buruk. Kerana membawa kepada kekufuran dan
kemaksiatan, maka jahiliyah merupakan sumber masalah bagi manusia. Ia ibarat
pohon yang buruk yang telah tercabut dari akarnya, kering kontang, mudah hancur.
Tidak memberikan buah kebaikan sama sekali bahkan menjadi sampah atas sumber
penyakit.
Dalil
-
14:24-25, syahadatain sebagai kalimah yang baik
diumpamakan Allah bagaikan pohon yang baik, akarnya tertunjang ke bumi dan
batangnya menjulang ke angkasa (tertanam baik di hati manusia kerana selaras
dengan fitrah). Pohon itu sentiasa memberikan buah yang baik di setiap musim
kerana setiap muslim dalam berbuat baik mengharapkan redha Allah yang kekal dan
pasti. Sistem tauhid ini menghasilkan manusia-manusia yang bermanfaat bagi dunia
dan peradaban. Masyarakat tauhid ini tumbuh bagaikan pohon pula, lihat
48:29.
-
14:26, konsep yang buruk ibarat pohon yang buruk.
Tidak tertanam dalam hati dan jiwa manusia kerana bertentangan dengan fitrah.
Peribadi yang dihasilkan oleh sistem jahiliyah adalah kosong dan tidak bererti,
hanya pandai bersifat lidah sahaja, berkata tetapi tidak diamalkan, lihat
2:204-205. Perumpamaan lainnya adalah kayu yang tersandar. Kelihatannya kokoh
tetapi sebenarnya rapuh. Ini contoh tentang munafiqin, lihat
63:4.
6. Kukuh vs Rapuh
Sarahan
-
Stabil dan kukuh merupakan sifat Islam, tidak pernah
mengalami kegoncangan. Tak lapuk dek hujan dan angin, bahkan itu akan
menumbuhkan pohon Islam. Sebagai kebenaran ia ibarat arus sungai yang deras,
selalu teguh berterusan dan menghantam batu karang.
-
Tidak seimbang dan rapuh merupakan sifat dienul
jahiliyah. Ia selalu mengalami pasang surut, berubah dan berganti. Dapat lapuk
ditelan masa. Sedikit sahaja mengalami goncangan ia akan hancur. Sebagai
kebatilan ia ibarat buih di atas arus, akan lenyap dengan
sendirinya.
Dalil
-
13:17, kekukuhan al haq dalam menghadapi tentangan
bagaikan air arus yang berjalan terus. Hadith, Rasulullah mengumpamakan petunjuk
yang dibawa oleh beliau seperti hujan dan air. Tergantung kesiapan tanah (jiwa
manusia) untuk menerimanya.
-
14:27, konsepsi ini membawa keteguhan kepada
orang-orang yang mengikutinya. Allah meneguhkan orang-orang beriman dengan
ucapan yang teguh dalam kehidupan dunia mahupun akhirat.
-
85:6, kemenangan aqidah adalah kemenangan hakiki yang
dituju orang-orang beriman dalam perjuangan.
-
13:17, kerapuhan jahiliyah bagaikan sampah,
kelihatannya banyak tetapi mengikut sahaja kemana pergi.
7. Kuat vs Lemah
Sarahan
-
Kuat dan tewas, kerana teguh dan kukuh maka sebagai
konsepsi Islam tidak dapat dikalahkan. Ditinjau dari sudut apa pun Islam unggul,
tidak dapat ditandingi. Peradaban dan warisannya penuh prestij dan prestij
kemanusiaan. Seluruh ajaran Islam memiliki kekuatan dari segi hujjah mahupun
realiti. Dari itu ummat Islam harus kukuh dan kuat seperti Islam. Berizzah yang
tinggi kerana prestasi yang dicapainya.
-
Lemah dan selalu kalah, kerana kegoncangan dan
kerapuhanny
a maka jahiliyah ini sangat lemah, mudah untuk dihancurkan. Tak ada
daya dan kekuatannya sama sekali. Para pengikutnya menjadi orang-orang yang
paling lemah, tanpa keperibadian, kecewa dan pesimis. Tanpa prestasi dan prestij
sehingga tak ada harganya sama sekali.
Dalil
-
5:3, orang-orang kafir putus asa untuk mengalahkan al
Islam dari segi konsep sehingga kita tak perlu takut kepada mereka.
-
37:172-173, 5:56, jaminan Allah bagi kemenangan
tenteraNya iaitu yang mengikuti sistem ini dengan sesungguhnya.
-
3:137-139, fakta sejarah yang menunjukkan kekuatan
kaum beriman.
-
29:41, kelemahan sistem yang dibangun oleh konsep
syirik seperti sarang laba-laba. 3:12, pernyataan Allah bahawa pengikut
kebatilan pasti kalah dan tempat mereka adalah neraka jahanam.
-
16:26-27, gambaran tentang cara Allah mengancurkan
kebatilan secara sistematik iaitu dengan menghabiskan asasnya terlebih dahulu.
Sedangkan kehinaan mereka sangat dekat waktunya kerana akan datang setelah
kematian menimpa mereka.
Ringkasan Dalil
Tarbiyah
Seri Makna Assyahadatain
Marahil Tafaul Bi Syahadatain
Sinopsis
Dua
kalimah syahadah adalah suatu kesaksian bahawa tiada yang wajib diabdi dengan
penuh cinta kecuali hanya Allah sahaja. Kemudian kesaksian bahawa Muhammad itu
merupakan Rasul Allah. Syahadatain ini merupakan ruh yang melandasi keyakinan,
pemikiran dan perbuatan orang-orang mukmin. Untuk merealisasikannya mukmin mesti
berinteraksi dengan kandungan makna syahadatain melalui beberapa tahap iaitu
cinta dan redha kepada Allah, Islam dam Rasul. Syahadatain yang didasari cinta
dan redha menjadi sibgah kepada hati, akal dan jasad.
Hasyiah
1. Dua Kalimah Syahadah
Sarahan
Syahadatain perlu dipelajari dan diketahui kerana dua
kalimah ini sebagai dasar bagi keseluruhan hidup manusia dan seluruh ajaran
Islam.
Dalil
-
47:19, 37:35, 3:18 ungkapan Allah bahawa syahadat
adalah dasar seluruh ajaran Islam
-
Hadits, ungkapan RasululLah mengenai bangunan Islam
yang terdiri dari lima, menyaksikan bahawa Tiada ilah selain Allah dan bahwa
Muhammad RasululLah, mendirikan sholat, menunaikan zakat, shaum di bulan
ramadhan dan menunaikan hajji bagi yang mampu.
2. Cinta
Sarahan
-
Mukmin mencintai dua kalimah syahadah sehingga nilai
yang menjadi kandungannya tidak diterima sebagai beban.
-
Cinta ini tumbuh dari kecintaan kita kepada Allah dan
Rasul yang teramat sangat serta bara terhadap sembahan selain Allah.
-
Cinta ini dilengkapi dengan cinta kepada Rasul yang
menjadi pembimbing utama menuju kecintaan Allah dan cinta kepada Islam sebagai
syurut untuk mendapatkan kecintaan Allah.
Dalil
-
2:165, sikap kecintaan mukmin yang teramat sangat
kepada Allah.
-
Hadits, sikap kecintaan mukmin terhadap Rasul, lebih
dari mencintai ibu
bapa mahupun anaknya.
-
8:2, hati mukmin bergetar ketika asma Allah disebutkan
ini kerana cinta kepada Allah.
3. Redha
Sarahan
-
Redha iaitu kerelaan diri untuk menerima program Allah
sepenuhnya. Redha hanya dapat lahir dari cinta yang sebenarnya.
-
Redha hanya dapat lahir dari cinta yang sebenarnya.
Fenomena redha adalah kelazatan iman dalam dada. Redha wujud dalam tiga bentuk
iaitu redha kepada Allah sebagai rabb, redha kepada Islam dan redha kepada
Rasul.
-
Redha kepada Allah sebagai rabb. Redha kepada Allah
adalah menjadikan kehendak dan kemahuan peribadi. Rela Allah sebagai pengatur,
pembimbing dan pendidik yang sentiasa mencintai, melindungi dan menyayangi
dirinya. Kerana itu seluruh aktiviti hidupnya ditujukan untuk mencari keredhaan
Allah.
Dalil
-
76:32, erti redha terhadap Allah adalah menjadikan
kemahuan Allah sebagai kemahuan kita sendiri atau tidak menghendaki apapun
selain yang dikehendaki Allah terhadap kita.
-
2:207, 60:1, orang mukmin sentiasa men
cari redha Allah
dalam berjihad, meski pun mesti mengorbankan dirinya.
-
98:8, mereka yang beribadah dengan ikhlas akan
mendapat redha Allah lihat pula 9:100.
Sarahan
-
Redha kepada Islam sebagai aturan hidup. Islam
diyakini sebagai satu-satunya aturan hidup bagi dirinya. Tidak ada aturan lain.
Kerana Islam adalah dien yang lengkap dan sempurna, menyelesaikan semua masalah,
merupakan jalan lurus, dan membawanya kepada kebahagiaan dan keselamatan
hidup.
Dalil
-
5:3, Islam adalah dien yang lengkap dan sempurna,
merupakan nikmat Allah yang mengatur seluruh hidup manusia. Allah redha dengan
Islam sebagai dien bagi kita maka kitapun harus redha dengan Dienul Islam, maka
seluruh tuntutan Islam mesti dipenuhi dengan penuh kesedaran dan kerelaan. Lihat
3:19.
Sarahan
-
Redha kepada Rasul sebagai teladan. Dalam melaksanakan
Islam maka Muhammad SAW dijadikan sebagai contoh dan ikutan. Semua langkah dan
tindakan dilaksanakan sesuai dengan bimbingan Rasulullah ini. Kerana Muhammad
SAW adalah manusia pilihan yang diutus Allah, insan kamil, pendidik utama yang
selalu menyayangi umatnya.
Dalil
-
9:59, ciri sikap mukmin selalu mencari redha Allah dan
RasulNya. 9:128-129, rasululLah sangat sesuai untuk diredhai kerana teramat
sayang kepada kita.
-
4:65, keimanan seseorang ditentukan oleh kerelaanNya
bertahkim kepada keputusan RasululLah tanpa keberatan dalamm menerima keputusan
tersebut.
-
Hadits, tidak beriman salah seorang di antaramu
sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku (Muhammad) datangkan.
-
33:21, Rasulullah adalah teladan dalam setiap aspek
kehidupan.
4. Sibgah
Sarahan
-
Cinta dan keredaan kepada Allah, Rasul dan Islam
mewarnai seluruh aspek kehidupan mukmin, menjadi sibgoh dalam dirinya. Sibgah
adalah iman yang merasuk sampai ke tulang yang tidak dapat lepas, bersifat suci,
murni dan tidak bercampur dengan syirik walaupun setitik. Seorang yang hidupnya
dalam sibgah Allah seluruh hidupnya merupakan ibadah atau pengabdian kepada
Allah. Untuk mengaplikasikannya sibgah diperlukan:
-
Pengenalan yang sebenarnya terhadap Allah dan
interaksi denganNya dalam bentuk penghambaan
-
Pengenalan kepada Islam serta siap menghayati dan
mengamalkannya baik dalam diri, keluarga, mahupun masyarakat. Islam harus
diperjuangkan sehingga tegak di bumi Allah.
-
Pengenalan kepada Rasul SAW serta sedia mengikuti
bentuk hidup beliau sesuai dengan kemampuan.
Dalil
-
2:138, iman sejati adalah sibgah Allah yang meliputi
dirinya sibgah Allah ini menjadikan setiap perbuatannya ibadah kepada
Allah.
-
6:82, iman yang sejati tidak bercampur dengan
kemusyrikan meskipun sedikit. Orang yang memilikinya akan memperoleh rasa
aman.
-
47:19, 20:14, pengenalan terhadap laa ilaha illa-Llah,
9:128, 18:110, pengenalan terhadap Rasul, 3:19,85, pengenalan terhadap
Islam.
5. Sibgah hati
Sarahan
-
Hati yang tersibgah adalah hati yang suci, bersih dan
sentiasa berhubungan dengan Allah, siap menerima pimpinan dan
bimbinganNya.
-
Dalam hati ini terpancarlah aqidah yang sehat dalam
keyakinan dan keimanannya.
-
Aqidah yang benar dan sehat tersebut menjadikan muslim
selalu berniat ikhlas dalam setiap langkah tindakannya. Niat adalah dasar
ibadah, sama ada diterima atau ditolak ibadah seorang ditentukan oleh
niatnya.
Dalil
-
26:89, hati yang suci bersih siap menerima keyakinan
Islam. 23:35, hati mukmin gemetar bila disebut asma Allah. 50:33 hati mukmin
sentiasa bertaubat dan kembali kepada Allah.
-
Hadits, keterangan RasululLah yang menyatakan taqwa
ada di dalam dada (hati) seseorang.
-
3:84, 2:136, 4:136, keyakinan yang terdapat dalam dada
setiap muslim merupakan iman yang mantap.
-
Hadits, RasululLah bersabda "sesungguhnya sahnya suatu
amat ditentukan oleh niat. Dan sesungguhnya setiap orang akan memperoleh sesuai
yang ia niatkan".
6. Sibgah Akal
Sarahan
-
Akal tersibgah sentiasa bertafaqquh fiddien. Aktif
memikirkan kejadian langit, bumi dan segala isinya, mempelajari semua fenomena
alam sebagai tanda-tanda kebesaran Allah dibimbing oleh wahyuNya.
-
Dari akal yang selalu menyingkap rahsia fenomena alam
ini lahirlah fikrah Islam, iaitu pemikiran atau idea yang merupakan aplikasi
ajaran Islam yang bersumberkan kepada KitabulLah dan bimbingan Rasul.
-
Fikrah yang Islami menjadikan muslim memiliki suatu
program yang benar dalam menghadapi kehidupan. Program kehidupannya mampu
menegakkan ajaran Allah (Al Islam).
Dalil
-
3:190-191, 30:20-24, firman Allah yang mengisyaratkan
pentingnya berfikir tentang tanda-tanda kekuatan Allah di alam
semesta.
-
50:37, pada kejadian alam semesta banyak terdapat
peringatan bagi mereka yang mahu menggunakan akalnya.
-
67:10, orang kafir menyesal di neraka kerana tidak
menggunakan akalnya dengan maksima.
-
9:120, muslim bertafaqquh sesuai bidang yang
diminatinya dalam rangka menegakkan dienulLah.
-
Hadits, sabda Rasul: "Barangsiapa yang Allah kehendaki
menjadi baik, maka difahamkan-Nya dalam dien".
7. Sibgah Jasad
Sarahan
-
Jasad yang tersibgah sentiasa dipelihara kesihatan dan
kekuatannya. Jasad ini dibangun dengan berbagai cara agar mampu mengikuti jejak
hidup RasululLah SAW.
-
Dapat melakukan aktifiti atau bekerja sesuai bimbingan
Allah dalam KitabuLlah. Menjadi wujud yang nyata dari aqidah dan
fikrahNya.
-
Dapat melaksanakan bimbingan dan pimpinan Allah untuk
individu mahupun masyarakat sesuai dengan kemampuannya. Pelaksanaan ini
berdasarkan niat yang ikhlas dan program yang digariskan.
Dalil
-
2:247, syarat pemimpin dalam Al Qur'an adalah yang
memiliki ilmu yang luas dan tubuh yang kuat.
-
28:26, pilihan untuk menerima amanah jatuh kepada
orang yang bertubuh kuat dan terpercaya.
-
Hadits, RasululLah SAW memerintahkan "Ajarkan
anak-anakmu berenang dan memanah".
-
Hadits, RasululLah menyatakan: "Mukmin yang kuat lebih
dicintai Allah dari mukmin yang lemah".
Ringkasan Dalil
Tahap-tahap interaksi dengan syahadatain
Tarbiyah
Seri Makna Assyahadatain
Syurut
Qobulu Syahadatain
Sinopsis
Sebagai seorang mukmin berusaha untuk menjaga syahadat
kita dari futur dan melemah. Untuk itu kita perlu mengetahui bagaimana syahadat
diterima atau ditolak. Untuk diterimanya syahadat kita maka diperlukan beberapa
persediaan misalnya ilmu, yakin, ikhlas, shidqu, mahabah, qobul dan amal nyata.
Juga kita perlu menolak kebodohan terhadap syahadat, keraguan, kemusyrikan,
dusta, kebencian, penolakan dan tidak beramal.
1. Ilmu yang menolak kebodohan
Sarahan
Dalil
-
47:19, kewajiban mempelajari laa ilaha
illaLlah
-
3:18, mereka yang bersyahadat adalah Allah, Malaikat,
dan orang-orang yang berilmu (para nabi dan orang beriman).
2.Yakin yang menolak keraguan
Sarahan
Dalil
-
49:15, Iman yang benar tidak bercampur dengan
keraguan
-
32:24, yakin menjadikan seseorang terpimpin dalam
hidayah
-
2:1-5, di antara ciri mukmin adalah tidak ragu dengan
kitabuLlah dan yakin terhadap hari akhir.
3.Ikhlas yang menolak kemusyrikan
Sarahan
Dalil
-
98:5, 39:11, 14, syahadat merupakan ibadah, kerananya
dilakukan dengan ikhlas.
-
39:65, kemusyrikan menghapus amal, 18:110, ibadah yang
tidak ikhlas, tidak diterima.
4.Shidqu (benar) yang menolak dusta
Sarahan
Dalil
-
39:33, ciri-ciri taqwa adalah sikap shidiq, 33:23-24,
orang yang benar akan terbukti dalam medan jihad dan Allah membalas mereka,
sedangkan orang-orang munafiq akan mendapat seksa.
-
2:8-10, ciri nifaq adalah dusta. 29:2-3, kebenaran dan
kemunafikan diuji melalui cobaan.
-
Hadits, sikap benar mengajak kepada kebaikan dan
kebaikan membawa ke syurga. Sifat dusta mengajak kepada keburukan dan keburukan
membawa ke neraka.
-
Hadits, tinggalkanlah yang meragukanmu, sesungguhnya
benar itu menenangkan (hati) sedangkan dusta itu
meragu-ragukan.
5.Mahabah yang menolak kebencian
Sarahan
-
Dalam menyatakan syahadat ia mendasarkan pernyataannya
dengan cinta. Cinta ialah rasa suka yang melapangkan dada. Ia merupakan ruh dari
ibadah, sedangkan syahadatain merupakan ibadah yang paling utama. Dengan rasa
cinta ini segala beban akan terasa ringan, tuntutan syahadatain akan dapat
dilaksanakan dengan mudah.
Dalil
-
2:165, cinta kepada Allah yang teramat sangat
merupakan sifat utama orang beriman.
-
Hadits, sabda RasuluLlah "ada tiga perkara yang
apabila ketiganya terdapat dalam diri seseorang, ia akan merasakan manisnya
iman.
-
9:24, mukmin mendahulukan kecintaan kepada Allah,
rasul dan jihad dari kecintaan terhadap yang lain.
6.Menerima, yang jauh dari penolakan
Sarahan
-
Muslim secara mutlak menerima nilai-nilai serta
kandungan isi syahdatain. Tidak ada keberatan dan tanpa rasa terpaksa
sedikitpun. Baginya tidak ada pilihan lain kecuali kitabuLlah dan sunnah rasul.
Ia sentiasa siap untuk mendengar, tunduk, patuh dan taat terhadap perintah Allah
dan RasulNya.
Dalil
-
4:65, Mukmin adalah mereka yang bertahkim (berhukum)
kepada Rasul Allah dalam seluruh persoalannya kemudian ia menerima secara total
keputusan Rasul, tanpa ragu-ragu dan kebenaran sedikitpun.
-
33:36, 28:68, ciri orang mukmin ialah menerima
ketentuan dan perintah Allah tanpa keberatan dan pilihan lain.
-
24:51, ciri mukmin ialah mendengar dan taat terhadap
Allah dan Rasul dalam seluruh masalah hidup mereka.
7.Pelaksanaan yang jauh dari sikap statik atau
diam
Sarahan
Dalil
-
9:105, perintah Allah untuk bekerja di jalanNya dengan
perhitungan nilai kerja itu di sisi Allah.
-
16:97, orang yang bekerja akan mendapat kehidupan yang
baik dan syurga Allah.
Ringkasan Dalil
Syarat diterima syahadat :
-
Ilmu (47:19. 3:18, 43:86)
-
Yakin (49:15)
-
Ikhlas (98:5, 18:110)
-
Membenarkan (2:8-9, 33:23-24)
-
Cinta (2:165, 8:2)
-
Menerima (4:65)
-
Melaksanakan (24:51,56, 31:22)
-
Redha (76:31)