Oleh : Mohd Hadidi.Ssy
Syaitan memang diciptakan untuk menggoda dan
menyesatkan umat Muhammad. Bermulanya dari saat syaitan dibuang dari syurga
hingga kini tugas syaitan tidak akan selesai hingga datangnya kiamat. Dalam
menggoda manusia, syaitan memiliki berbagai cara dan strategi yang sering
digunapakai. Dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan
mengajak kepada keburukan dan kejahatan. Syaitan seakan mengetahui
kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis
yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian Muslimah.
Allah ada menyebut bahawa
Muslimah adalah golongan yang mudah untuk masuk ke syurga dan Muslimah jugalah
golongan yang mudah untuk memasuki neraka. Oleh kerana itulah syaitan gemar
untuk menggoda kaum Muslimah. Ini kerana Muslimah itu sendiri mempunyai
sembilan nafsu dan satu akal. Bermula dengan perkara ynag sekecil-kecil zarah
hingga sebesar-besar dosa dan noda dilakukan oleh Muslimah atas godaan syaitan.
Bermula dengan menanggalkan
hijab. Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian
apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya
sekadar pakaian atau gaya
hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar´i, dengan apa pun bentuk
dan namanya tetap pakaian. Bagaimana mulanya syaitan menyusun strategi hingga
Muslimah sanggup meninggalkan hijab ini?
Pertamanya dengan membuka
bahagian tangan. Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka
syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni
membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah, tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab
dan pakai baju panjang?” Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya
memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki
melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, “Tu.. tidak apa-apa kan?”
Keduanya, membuka sedikit
dada dan leher. Bagaimana caranya? Maka dipakailah fesyen terbaru yang terbuka
sedikit bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen bentuk “V” hingga ke
pelbagai fesyen yang mendedahkan dada.. Kononnya untuk mendapatkan sekidit hawa
atau ruang untuk bernafas agar tidak merasa terlalu panas. Kata syaitan,
“Cubalah! Orang pasti tidak peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang
terbuka.”
Satu lagi istilah yang
menarik, iaitu berpakaian tetapi telanjang. Kononya untuk mengikuti
perkembangan dan peredaran semasa. Alasannya agar sentiasa nampak “cool”.
Caranya, syaitan akan memberi idea agar membeli kain yang agak tipis, lalu
dibuat baju yang agak ketat dan mengikut ukuran badan agar lebih sedap dan
cantik mata memandang. Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian
yang ketat dan kain yang tipis bahkan “transparent”. “Mungkin tak ada masalah,
potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak
berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menokok-nambah. Walhasil
pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita Muslimah, makin hari
makin bertambah ketat dan “transparent”, maka jadilah mereka wanita yang
disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ´ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Setelah itu pula, digodanya
muslimah untuk membuka sedikit bahagian pakaian yang sedia ketat itu untuk
menampakkan lagi labih “cool” dan “vogue”. Caranya mudah, dibisikkan dihati
muslimah. “ Pakaian seperti ini membuat susah untuk berjalan atau duduk, nampak
sempit, sebaiknya dibelah dari hujung kaki hingga lutut atau mendekati peha
tentu mudah dan menarik bukan”. Lalu dipraktikkan idea baru tersebut, dan
memang benar dengan dibelah sedemikian rupa membuatkan si pemakai lebih selesa
dan leluasa terutamanya ketika akan duduk tau naik kenderaan. Kononnya
tersingkap sedikit tidak apa, yang penting kita enjoy!
Begitulah tahap awal
bagaimana syaitan ingin menelanjangkan Muslimah. Tetapi syaitan masih tidak
berpuas hati, maka disusun stategi baru. Teori yang digunakan adalah “matlamat
menghalalkan cara”. Jika tadi hanya digodanya untuk dibelah kain itu, kini
langkah lebih “advance” iaitu dibuka terus seperempat hingga separuh betis.
Maka bersorak rianglah sang syaitan apabila si Muslimah mengikutnya. Dikukuhkan
lagi dengan kata-kata pakaian seperti itu lebih mudah didapati dipasaran
berbanding pakaian yang menutup aurat. Maka terbiasalah si muslimah ini dengan
memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana sahaja dia pergi.
Mualalah terfikir oleh si
Muslimah ini, bukankah dengan berpakaian begitu boleh mendatangkan fitnah di
kalangan kaum Adam? Berkatalah sang syaitan, “Ah… itu kan zaman dahulu, zaman kini lelaki lebih
suka melihat wanita lebih ´terbuka´ pakaiannya.” Maka akan terbeliaklah
mata-mata lelaki ini sambil berkata “ooh” atau “wow”. “Malah bukankah kini
fesyen pakaian dari pasar malam mahupun pusat membeli belah terkemuka
memperagakan fesyen untuk wanita maju seiring dengan peredaran zaman.” Lantas
pakaian tersebut sudah menjadi kebiasaan hingga tiada siapa yang ingin mempersoalkannya
lagi.
Langkah terakhir sebelum
syaitan berpesta meraikan kejayaan cemerlang lagi terbilang itu ialah dengan
menjadikan pakaian muslimah serba mini. Maksudnya, semunaya menjadi lebih
pendek, ketat dan ringkas tetapi nampak “cool”, “vogue”, “trendy”, moden dan
bergaya. Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-harian
dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian
memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini,
dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan
indah.”
Maka, akhirnya skirt mini
yang menampakkan bahagian bawah paha dipakainya,
baju pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekali gus bahagian punggungnya dan berbagai-bagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi dan lain-lain, tidak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang mulanya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
baju pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekali gus bahagian punggungnya dan berbagai-bagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi dan lain-lain, tidak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang mulanya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul
idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua
wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk
ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering
disebut dengan “bikini”. Maka berhasillah matlamat tadi untuk “menelanjangi
kaum wanita.”
Demikian halus, cara yang
digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka
menjadi tanggungjawab semua umat Muhammad bersama-sama memantapkan keimanan
bagi menjauhkan daripada godaan ini. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana
kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita
untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka
mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah,
jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia
mahupun di akhirat.